Pages

Thursday, August 6, 2009

Khunsa


salam, hari ni aku nak petik satu artikel mengenai khunsa untuk renungan kita bersama.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas bernikah, khunsa tadi menunjukkan tanda-tanda hamil. Untuk itu suaminya menghadiahkan seorang hamba perempuan untuk melayaninya. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa ini timbul hingga dia melakukan hubunganseks dengan hamba perempuan tadi, menyebabkan hamba itu hamil.

Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia lelaki, mengapa boleh hamil? Jika wanita, mengapa dia boleh menghamilkan hambanya?

Khalifah Ali yang arif lagi bijaksana cuba menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Ali mendapati salah satu bahagian tulang itu adalah ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki sebab tulang rusuk lelaki kurang satu berbanding wanita. Kerana khunsa itu seorang lelaki maka Khalifah meminta suaminya untuk menceraikannya.

Jumhur ulama hanya mengharuskan pembedahan jantina bagi khunsa, dan bersepakat mengharamkan pembedahan bagi menukar jantina lelaki kepada perempuan atau sebaliknya.
Ini kerana orang yang lahir dengan jantina lelaki, hukumnya tetap lelaki, meskipun dia berjaya menjalani pembedahan untuk menukarnya dengan jantina perempuan. Demikian juga sebaliknya. Pembedahan dan penukaran ini bermakna menukar takdir dan ciptaan Allah. Ini selaras dengan keputusan fatwa Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 1983.

Golongan khunsa juga tidak dibenarkan menukar status jantina pada kad pengenalan mereka, walaupun berjaya menjalani pembedahan daripada lelaki ke wanita. Hanya nama yang boleh ditukar.

Penukaran jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram. Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian daripada tipu daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia supayamereka merubah ciptaan Allah. " - dan akan aku [syaitan] suruh mereka [manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya." (Q4:119). Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai wanita. "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita meyerupai lelaki".

Islam mengutuk lelaki yang berdandan seperti wanita dan wanita yang berdandan seperti lelaki. Ini disebut dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain baginda bersabda: "Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda halau mereka dari rumahmu." (Hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas).

Daripada hadis di atas dapat dilihat bahawa lelaki yang meniru sifat dan kelakuan wanita dan wanita yang meniru sikap dan cara hidup lelaki sangat dimurkai Rasulullah.

Dalam Islam, memperjelaskan kedudukan jantina ini sangat penting bagi memahami status seseorang sebagai lelaki mahupun wanita. Ini kerana masalah ini akan meliputi pelbagai aspek kehidupan seseorang itu, baik kedudukan mereka dalam beribadah, nasab mahu pun harta pusaka.

Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai seorang lelaki.

Sebelum ini pun timbul persoalan mengenai hukum seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara. Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai seorang perempuan dan bagaimanakah cara hendak menyempurnakan jenazahnya.

Sebenarnya, pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau yang tidak mempunyai alat kelamin sama sekali. Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing. Maha Kaya Allah ketika menjadikan khunsa dengan dua alat kelamin akan menjadikan kecenderungan mereka melalui pembuangan najis. Jadi tahulah jantinanya daripada situ.

Bagi mayat khunsa, cara mengkafan mengikut kecenderungan alat jantinanya iaitu jika kecenderungannya lebih kepada lelaki, ia hendaklah dikafan seperti lelaki dan sebaliknya.

Hakikatnya, setiap manusia yang lahir tidak dapat menentukan jantinanya sendiri. Baik menjadi lelaki, wanita, khunsa mahupun mukhannis (lelaki yang tinggi sifat kewanitaannya). Ini adalah takdir Allah yang sudah ditetapkan di luhul mahfuz dengan ilmu dan kudrat-Nya yang kadim. Tidak dapat diubah oleh kekuasaan manusia.


2 comments:

ibu_arifa said...

bagus info ni..kadang tak berapa paham jugak kalo kes2 org tukar jantina tu..

samudinzul said...

mana dpt hadith nih???