Pages

Friday, December 4, 2009

Transeksual Warga Malaysia : Mohammed Fadzil Min Bahari aka Fatine, Kahwin di LONDON Takut Balik Ke Malaysia



LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.





Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apayang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian diMalaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".



p/s-NAUZUBILLAH HIMIN ZALIQ...jauhilah perkara seperti ini berlaku dalam keluargaku ya ALLAH!!

Thursday, December 3, 2009

Warna Kehidupan: Pengaruh program reali

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my

Generasi muda pelbagai bangsa condong terpedaya di luar sedar

PROGRAM realiti bukan sesuatu yang baru dan semakin mendapat perhatian ramai dengan tanggapan ia bersesuaian dengan kehendak semasa, walaupun bukan semua masyarakat mahupun negara menerimanya sebagai satu keperluan.

Negara rantau Arab umpamanya masih belum menerima program sedemikian kerana paparan budaya yang lari daripada acuan hidup mereka, tetapi malangnya di Malaysia, kemunculan program realiti seperti ini bercambah dengan pantas.

Bermula dengan Akademi Fantasia, lahir Mentor, Malaysian Idol yang kemudian bertukar jenama sebagai One In a Million, My Starz, Gadis Melayu, Mencari Cinta dan Raja Lawak, berkembang seperti wabak.

Kehadiran program realiti memberi kesan mendalam kepada sebahagian besar golongan muda negara ini tanpa mengira bangsa dan tempat tinggal mereka kerana masing-masing menaruh harapan ia menjadi medan meningkatkan taraf hidup pada kadar segera.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya generasi muda masa kini berlumba-lumba mengejar impian dalam dunia hiburan yang dianggap menjamin masa depan, tanpa memerlukan kelayakan akademik seperti dibuktikan Asmawi Ani yang menjadi kegilaan ramai selepas menjuarai Akademi Fantasia 3.

Walaupun pada zahirnya kejayaan daripada program realiti mampu memberi perubahan besar kepada individu, tetapi sejauh mana populariti individu itu berkekalan masih menjadi persoalan kerana kebanyakan daripadanya lenyap sekelip mata.

Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Rahimah Hamdan, berkata lambakan program realiti televisyen disambut dengan dua reaksi berbeza dalam masyarakat Melayu.

“Pertama sebagai alternatif hiburan untuk melahirkan bakat baru, manakala kedua menganggapnya sebagai wadah penjanaan budaya hedonisme. Sambutan menggalakkan kelompok pertama menyebabkan ia menjadi antara strategi pemasaran dunia penyiaran” katanya.

Baginya, walaupun program realiti televisyen dilihat sebagai usaha mencungkil bakat baru dalam bidang seni, secara tidak sedar ia sebenarnya mampu merobek cara hidup masyarakat yang berpegang kepada nilai murni bertunjangkan adat resam dan agama.

“Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rencam dan menakutkan berbanding kehidupan zaman dulu. Lebih membimbangkan apabila bakat baru yang dicungkil secara segera berkecenderungan mengikut budaya Barat yang terarah kepada gejala sosial,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Serdang, baru-baru ini.

Justeru, beliau menyarankan ibu bapa memantau rutin harian anak masing-masing agar tidak terlalu didedahkan dengan rancangan televisyen sedemikian yang boleh merosakkan fikiran mereka sekiranya silap memilih artis sebagai idola.

Peserta Program Realiti Gadis Melayu, Nurul Khusna Uma, tidak menafikan bahawa ada sesetengah program realiti hanya sekadar hiburan kepada penonton semata-mata, tetapi beliau tidak menolak ada kebaikan di sebalik setiap program realiti.

“Peredaran zaman yang semakin cepat menjadikan budaya dan kehendak remaja masa kini berbeza-beza. Program realiti yang bermula di Barat dengan mudah merebak ke seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan kerana tidak dikawal sehingga menjurus kepada masalah sosial,” ujarnya.

Sungguhpun demikian, beliau yakin setiap program ada kelebihan dan kekurangan selain bergantung kepada peserta untuk mempertahankan jati diri atau memilih terpesong dari landasan sebenar.

“Apa yang pasti, etika, akhlak dan didikan agama secara menyeluruh penting diberi penekanan kerana ia benteng dan bekalan untuk menjalani kehidupan seharian agar tidak timbul masalah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau tidak menolak program realiti hiburan yang ditiru dari Barat dapat menambah kepelbagaian segmen hiburan di Malaysia dengan tujuan melahirkan penyanyi pasang siap tanpa jaminan kepada peserta.

“Tak semua program realiti hiburan memberi kesan negatif. Rancangan Gadis Melayu umpamanya menerapkan nilai budaya timur dan etika penggunaan bahasa Melayu secara formal, boleh dianggap usaha media penyiaran meningkatkan kefahaman budaya Melayu,” tegasnya.

Tuesday, October 6, 2009

Eid Mubarak 1430 H (Tanjung Karang, Selangor)

Lama tak jengah blog ni tau...busy sangat, tak berkesempatan nak menjengah ke blog sendiri...so entry kali ni, aku nak ambik mood raya gak la kan...nak share gambar raya tahun ni ngan teman2 blogger...walaupun aku tak setegar blogger2 lain...hehehhe...so...jom layanzzz



kekanak ni riang gembira di pagi raya..melayan DVD Upin & Ipin : Geng



kami...dipagi raya, cuma family abg aku rizam dan adik aku ridhuan je tak de...rizam beraya di Banting, Ridhuan lak..terpaksa beraya di Tawau memandangkan sang isteri menunggu hari nak bersalin....


3 of us..una dah meronta nak turun...rimas, tema kami tahun ni adalah BIRU...tp memandangkan misi pencarian baju raya bukan hari yg sama...so biru ttp biru, tp biru hantam sajalah yg dpt kami cari...hehehhe


aku bersama along dan bonda tersayang...ttp maintain walaupun penat melayan karenah anak dan cucu...muka mak mmg kepenatan...thanks mak!!!masakan mak mmg mavelous!!


aku n en.korol....my husband, hehehhe....lama woo tak de gambar ber2..asyik2 gambar ngan una je..



4th of us...nuha nak bergambar ngan jijie la ummi....dia mmg anak manje jijie pun...



Actually, gambar ni jenuh ummi pujuk abg imran bergambar sama...sekali tu, tanpa di sedari si kakak nuha lak tak masuk corum, tak perasan bila dia pi ke belakang tu...hmm....apa le kakak ni...

along's family...imran mmg camera shy....tp kdg2 ok je dia bergambar, pg raya ni mood dia kureng kot...seronok tgk DVD upin ipin...




2 org adikku yg masih available...hmm...still single...masih boleh di hitung2 buat kerja...esok2 daha da anak bini..payah lak..



Atok & Wan bersama 4 (included imran dibelakang) daripada 8 org cucunya...not forgotten arwah anakandaku Qaid Ahmadinejad...I miss Him so much!!

Actually, di pagi raya tu...aku dan suami menziarahi kubur anakku dan arwah opah...story dia aku akan cerita after this entry...


Wednesday, September 9, 2009

Tagged From Eintan

hari ni, eintan dari http://myblog-hanie.blogspot.com/ bgtau aku...'kak ujie, eintan tagged kak ujie..jwb tau...aku pun selama ni di tagged oleh kwn2 seperjuangan, tp tak pernah ku jawab pun...tak pe lah, kali ni sbb kureng sikit kebusy annya...so aku pun jwb le mana leh jwb..eintan, tak betui dan tak mencapai piawaian jgn marah haaa..

BAJU RAYA

bab baju raya ni...actually, aku tak prepare lg...last monday, aku n husband ada sedikit urusan di KL..tp, lepas settle je urusan tu...kami terus menuju ke SOGO, shopping baju untuk una..sale mmg giler2...kelabu mata aku dibuatnya..ahahhaha....husband aku borong seluar jeans n seluar kerja...pastu, aku nampak le seluar kodroi jenis POLO tu kan...aku pun apa lg...meracun le fikiran dia...hahahha...aku ckp, aku ada sehelai..una ada sehelai..abg pun ambik le sehelai..dia pun beli le gak....tp sebenarnya, sbb murah...kalau mahal, aku pun tak sanggup nak racun pikiran dia..raya ni banyak nak guna duit kan..nak jln jauh lg...semua guna duit....

Hari tu, aku shopping baju una...mmg gile2 punya sale...tp kena pandai pilih le, pastu turun ke 3rd floor, cari lak kemeja untuk bpk aku...dpt le sehelai kat area East India, tp sbb sale..kalau tak...tak sanggup aku! tp sebenarnya, untuk mak dan bpk aku, aku mmg tak berkira...bukan selalu pun kan...pastu, aku tolong husband aku pilih seluar...then, turun ke 2nd floor..cari brg aku lak..dpt le long pants aku..aku sambar le 2 helai...ingat nak tgk kasut, tp sbb husband aku merungut keletihan...kami pun terus keluar dari sogo...menuju je ke kereta, kami pun singgah le ke area jln TAR..saje jln2...dpt le sambar sehelai telekung (yg dikirim oleh adik ipar aku)..dan beberapa helai tudung..tudung murah je dek non!!tudung sarung tu...senang pakai..

Tp..baju kurung una, baju kurung aku, baju melayu abah una..n untuk mak serta hadiah untuk mertua belum beli lg...hmm..ntah le, tp isnin ni kami apply cuti..ingat masa tu le nak beli baju raya..kami rancang nak ke shah alam..kwn2 ckp kat PKNS shah alam banyak choice..tgk le..kalau rajin kami pi le kesana..

KASUT RAYA

kasut raya? takde maknanya...selama ni mmg time raya je, aku taram beli kasut kerja sekali..sebab murah, sale le katakan...

aku beli untuk una je la...abah dia nak beli kasut sarung ala2 sport..maka anaknya tu gegirl, so tgk le nanti..ari tu masa kat sogo ingat nak sambar dah kasut comel tu..tp sbb takut tak muat, kaki una ni panjang...so, kena beli kemudian la...

FAMILY AKU:

1) Bapak - dah beli ari tu kat Sogo...aku beli kameja East India...kain mmg cun la...saje bg bpk aku stylo sikit...hehehhe..tapi ari tu bpk request nak seluar...so nanti aku carik...kebetulan, dia tak nak baju melayu...dah banyak katanya..
2)Mak - aku kena beli baju kurung untuk mummy ku itu, tp tak beli lg..nanti le..isnin ni cadangnya nak cuti, nak pi shopping raya..tudung, dah berdoyon doyon aku beli tudung kat mak aku..sampai tak terpakai pakai..hmm...kena carik baju kurung la...takpun, busana..

FAMILY MERTUA

hmm...untuk mak mertua ku itu, actually...kalau aku tanya...dia akan jwb, tak yah...mak dah ada baju..tak yah..mak dah ada tudung...kuih raya??jgn beli banyak2 membazir...so, aku malas nak tanya apa yg tak de..sebab jawapannya SURE tak yah....alahai omak oiii, senang le kalau dpt mak mertua camni..semua tak yah..tp, aku tak kira...aku nak bg apa..aku beli je..tak yah le aku nak tanya2 sbb SURE jawapannya...TAK YAH!!hehhe..cadangnya,..nak belikan tudung untuk dia...tp tgk le nanti, ada rezeki lebih...ada le hadiah untuk ibu mertuaku itu..

KUIH RAYA

actually..aku tak berapa beli sangat kuih raya tahun ni...semenjak dari tahun 2004, aku bekerja di sini..aku telah dilantik menjadi marketing eksekutif jualan kuih raya..hahahha...takde lah, sebenarnya...masa tahun 2004, ada kwn2 yg numpang kuihnya kat pejabat aku ni...so dlm erti kata lain, aku le yg menjadi perantara dlm pembelian kuih raya ni..pastu, masuk tahun 2005 n 2006..aku masih lg menjadi perantara, masuk je tahun 2007..aku dah malas nak ambik port...kwn aku tu pun, dah tak business kuih2 ni..tp masih lg ada pelanggan tetap yg nak beli dari aku..hmm...ditakdirkan, kakak ipar aku nak business kuih raya tahun tu...so until now, aku masih lg menjadi perantara dlm business kuih raya ni..tp yg bestnya, aku hanya duduk di tempat aku, pelanggan dtg kat aku..hehehhe...

habuannya, aku tak mintak pape pon..sebenarnya, selain kakak iparku itu, ada le 2,3 org rakan2 yg nak numpang aku promote kuih2 mereka ni...dan aku masih lg hanya duduk di tempatku ini...pelanggan dtg kt aku...(ni kalau kakak aku baca, sure dia ckp...awak tu mmg...hehehhehe)...untuk pengetahuan abah una, aku sangat pandai berniaga...hahah....leh bukak business...tp aku tak suka susah2kan diri...meaning, buat kuih, buat baju...buat itu ini...hanya menggunakan suaraku yg lemak merdu ini...pelanggan dtg kt aku...sila tau, maksudnya, diaorg percaya atas aku...caiyok!

kesimpulan - sebab aku berjaya mempromote kuih raya tanpa berpenat lelah...aku dihadiahkan kuih raya...hehehhe..tak yah aku beli...sbb diaorg nak bg duit, aku mmg tak nak..sbb aku ikhlas...juz duduk diam buat kerja, org dtg kat aku...so aku tak nak le duit kan...tp sbb diaorg ni baik hati...dihadiahkan le kuih raya...hmm..berbaloi baloiiii...


RUMAH BARU

takde maknenya....rumah itulah syurgaku..tp ingat nak pasang awning kat lmn rumah..dan kalau ada rezeki, aku dan suami ingat nak pasang mozek kat lmn rumah tu...kasik cung sikit..hmm...itu je la kot ttg rumahku itew

LANGSIR BARU

takde maknenya langsir baru...sila tau, langsir kat rumah aku tu..semenjak aku pindah masuk tahun 2006 until now...itu lah langsir aku...hahhaha..ingat nak beli siap je, tp memandangkan asyik tangguh2 nak beli..sampai sudah langsir yg sama je kami pakai...basuh2 pakai balik..basuh2 pakai balik...hehhehe

DUIT RAYA

every hari raya, mmg aku tak pernah miss bg duit raya pd anak2 sedaraku dan adik2 yg pada masa tu masih belajar. Memandangkan adik2 ku semua dah bekerja, dan walaupun adikku yg bongsu masih belajar...tp sbb dia dah kerja sementara, so peruntukan duit raya hanya untuk anak2 saudara kuyg tercinta sahaja...tp kalau ada anak2 kwn2 yg dtg raya ke rumah tu..mmg dpt le gak...

BONUS

sbb entry ni aku buat pada tarikh 10/9/2009..so terpaksa aku memberitahu yg kami kakitangan sokongan kerajaan mmg dpt le bonus tahun ni..w'pun sedikit, tp ALHAMDULILLAH..drpd takdo...

kalau entry ni aku buat semalam..ingat nak kutuk sikit tak dpt bonus..hahhahah

BALIK KG

sepatutnya, tahun ni 1430 H turn raya kat kedah (belah suami)..tp memandangkan di pagi 1st raya aku nak spend time menziarahi pusara anakku (arwah Qaid)..jadual pun bertukar la...start cuti until tgh hari 1st raya, kami di tanjung karang..lepas tu, kami terus meneruskan perjalanan ke aloq staq kedah...kalau tak balik, sure abah una nangis...hahahha..anak omakkkkk...

kami abiskan cuti raya kami di aloq staq kedah...hmm, sob..sob...patut raya ber4..tp ttp ber3..takpelah..arwah senantiasa di ingatanku dan sentiasa berada di hatiku...miss arwah so much...sigh..

so..abis dah eintan, akak dah jwb tagged eintan...akak tak sempat nak tagged sapa2 ye...






Wednesday, September 2, 2009

My Family


Our Daddy...Hj. Hamdan Abdul Kadir...
nampak je garang, actually...mempunyai hati yang lembut..bekas Guru..sbb tu most of anak2nya bekerja di insitusi pendidikan


Our mummy...Hjh. Siti Rahmah Mohd Zain, such a beautiful lady with a great heart!!
lemah lembut..penyabar...tokoh seorang ibu yang inspire aku dan along..


My sister...Rahimah Hamdan, bertugas sebagai lecturer di UPM..seorang kakak yang sangat cool, always beside me..oleh kerana hanya kami berdua je adik beradik perempuan...kami amat rapat!! Penasihat No. 1 aku sebelum di aju kepada mak...hehehhe...


Abangngah..Abdul Rahim Hamdan, bertugas di TUDM ..seorang yg tegas..lasak..berjiwa sensitif, tetapi mempunya hati yang sangat lembut...Masa aku kecik2 dulu, selalu layan aku mcm seorang lelaki...walaupun tau adiknya ni pompuan...sbb tu aku boyish sikit zaman kekanak dulu...kate tentera..sure le garang!!

Abgku yang sangat cool...tak suka org bebel2...ckp kuat2...dan berjiwa romantik...hahahah...Mohd Rizam Hamdan..bertugas di Universiti Malaysia Pahang..masa kecik dulu, selalu marah aku kalau aku jerit2..
nasib baik dpt isteri pun seorang yang berckp slow..hahah..kalau tak...mesti gugur rambut dia hari2 dengar org jerit2..


Aku...anak yang ke-4...seorang tomboy yang feminin (it is true??)..seorang yg sangat garang...tetapi garang di mulut jer...hehehe...anak2 sedara aku sayang aku sangat2 tau...hehehe..



Adikku, Ahmad Ridhuan Hamdan, seorang guru Matematik di MRSM Tawau..seorang yg simple..rapat denganku, sudah berkahwin ye puan2...hahhaha...masa aku berchenta dulu dgn suamiku..dia juga yg selalu jd perantara bila kami bergaduh-gaduh manja..hahahha...


Adikku yang sangat pemalu...Mohd Razif Hamdan, bertugas di AADK Teluk Intan, Perak. Sangat pendiam dengan org yang tak berapa kenal...tp sebenarnya dia seorang yang kelakar...hahahah...tak sangka, pemalu2 mamat ni..selalu gak bg talk kat sekolah2 dan agensi2 kerajaan mengenai bahaya DADAH....hmm...


Adikku yang paling bongsu...Mohd Rizal Hamdan, bekerja sementara sebagai pembantu Penyelidik di Universiti Malaya..sedang menyiapkan sarjananya dlm bidang sains politik di UKM. Hmmm...sangat talkative...aku yg becok ni pun boleh kalah kalau berckp ngan dia...laju woo...mcm keretapi.




Familyku...mcm2 ragam bila berkumpul...picture di atas, wife abang2ku tiada,ada yang tgh berpantang dan bertugas...dan hanya inilah gambar paling latest kami sekeluarga...selalu gak berkumpul, tp tak snap gambar je....cucu atok dan wan dah nak masuk 9 org, balik semua...havoc!


Iktibar

Malam tadi, selepas solat maghrib..memandangkan abah una masih kurang sihat, dia tidak dpt ke masjid menunaikan solat terawikh. Selepas mengemas apa2 yang patut..kami sekeluarga menonton TV. Oleh kerana tiada rancangan yang menarik hati...dan atas permintaan una yang amat meminati cerita2 klasik ni..kami memilih untuk menonton BATU BELAH BATU BERTANGKUP..hmm...memang best menonton filem klasik ni, cuma ada beberapa kesimpulan dan iktibar yang aku rasa patut di share dengan rakan-rakan blogger yang rajin membaca entry ni..(ada ke??hahhaha)

BATU BELAH BaTU BERTANGKUP ini adalah cerita dongeng. Jika ada yang tak berapa pasti dengan cerita ni atau ada yang tidak mengetahuinya..hmmm, tak percayalah..setidak-tidaknya mungkin sekali pernah diceritakan oleh mak atau nenek2 kita...tak pun, pernah baca buku2 cerita dongeng rakyat dulu2..terutamanya semasa kecil..hati kita mungkin pernah merasa seram dan ditakut-takutkan oleh kisah seorang ibu menyerahkan dirinya ke dalam sebuah gua batu yang boleh menelan manusia. Lalu hati kita kecut, takut-takut ibu kita pula akan ditelan batu. Lalu kita pun berhenti menangis atau merajuk takut-takut ibu kita akan mengalami keadaan yang sama. Walaupun cerita ini jelas berunsurkan dongeng malah di sesetengah tempat terdapat elemen tahyul, namun cerita ini tetap masyhur disampaikan dari generasi ke satu generasi. Malah karyawan seni Melayu telah memertabatkan kisah ini menjadi sebuah filem (seperti yang ditonton oleh kami sekeluarga mlm td, tp filem ini takde keasliannya…banyak yang telah di olah, amat berlainan dengan cerita asal yang pernah ku baca).

Diringkaskan kisahnya berkenaan dengan seorang balu miskin dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua anak itu setelah suaminya meninggal dunia. Justeru ibu miskin tadi terpaksa menyara kehidupan anaknya dengan membuat berbagai-bagai kerja, dari bercucuk tanam, mengambil upah bekerja di rumah orang hinggalah menangkap ikan.


Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Tembakul yang mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak, siibu tadi berpesan kepada anak perempuannya agar memberi anak lelaki kecilnya makan. Manakala dia terpaksa keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya. Sebelum pergi siibu mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Tembakul yang telah siap dimasak untuk dimakannya sewaktu pulang ke rumah nanti. Sepeninggalan ibunya, kakak tadi pun memberi adiknya makan. Setelah habis bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal kecuali yang telah disimpan untuk siibu.

Siadik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah beberapa lama, sikakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Tembakul bahagian siibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama kemudian siibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan. Dia pun berlari ke tempat batu itu sambil berkata, “batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku… aku kempunan telur ikan tembakul.” Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. “Ibu, ibu… jangan, jangan tinggalkan kami.” Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.

Cerita itu terus bersambung dengan pelbagai episod lagi. Hinggalah kononnya kisah ini berakhir dengan ‘happy ending’ bila siadik lelaki berkahwin dengan puteri raja dan sikakak juga turut berkawin dengan putera raja. Namun apa yang hendak diiulas menerusi tulisan ini cukup hanya setakat itu sahaja. Jelas terdapat kepincangan yang besar pada karektor ibu dalam kisah ini. Sebagai ibu, perbuatan merajuk atas perbuatan anak (dalam kes ini sehingga sanggup membunuh diri) adalah salah. Ibu adalah individu yang mesti mengasihi dan menyayangi anaknya sepenuh hati yakni secara ‘love without condition’. Maksudnya, cinta tanpa syarat. Apa sahaja sanggup dikorbankan demi kebahagian anak, mahupun diri sendiri.

Dalam kisah ini, jelas kelihatan jiwa siibu terlalu kecil dan rapuh, sehingga begitu terkesan dengan perbuatan anaknya yang masih kecil dan belum matang berfikir. Sedangkan dalam proses mendidik anak, kesabaran dan kebijaksanaan sangat diperlukan. Seorang ibu adalah seorang pendidik yang benar-benar merasakan tugas mendidik anak ialah amanah besar daripada Allah.

Malangnya ibu dalam kisah ini, tidak mengikut panduan-panduan yg tepat dalam mendidik dan menangani karenah anak-anaknya. Dia melakukan kesalahan besar kerana menyangka anak-anaknya mementingkan diri dan tak menyayanginya kerana memakan telur tembakul. Sedangkan sebenarnya, anak itu sayang kepadanya. Tetapi oleh kerana fikiran mereka tidak dapat menjangkau fikiran dan perasaan si ibu, si kakak memberi telur tembakul kepada adiknya. Bukan kerana mementingkan adik lebih dari ibunya, tetapi semata-mata kasihan melihat adik yang menangis-nangis meminta telur tersebut. Dan si anak kecil juga, kerana terlalu kecil, apa yg difikirkan hanyalah makan. Dia belum boleh berfikir tentang perasaan dan kehendak ibunya. Apalah yang boleh difikir oleh anak sekecil itu, melainkan lapar, sakit, bermain dan sebagainya?

Kalaulah si ibu dapat menyelami dilema yang dihadapi oleh anak perempuannya, dan kelaparan yang dialami oleh anak lelakinya, maka sudah pasti dia rela mengorbankan telur ikan itu. Dia harus sedar bahawa anak itu tidak boleh dilayani sebagai seorang dewasa. Dan dia telah meminta terlalu banyak daripada anaknya yang masih kecil. Siibu harus sedar… bahawa Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil. Sedangkan ibu kita, hatta diri kita sendiri sebagai seorang ibu yang WARAS, sanggup mengalah..menahan lapar dan dahaga demi anak2 kita. Pengorbanan seorang ibu…tiada hadnya.

Moral of the story : Cerita ini memberi pengajaran kepada kita bahawa anak itu adalah ANUGERAH ALLAH..tugas kita sebagai ibubapa adalah mendidik anak2 kita agar menjadi insan yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Janganlah hanya kerana isu yang amat bodoh tanpa menggunakan kewarasan firikan yang dikurniakan ALLAH, kita sanggup meninggalkan anak2 kita (seperti cerita ini) So...renung renungkan dan selamat beramal...

p/s- Mlm td juga, hanya kerana kisah BATU BELAH BATU BERTANGKUP ni...aku berbalah dengan suamiku...hahahha, AMPUN BANG!!kisah2 camni amat menyentap perasaan saya..sapa suruh abg main2..kan dah kena...takkan tak tau, isteri abg ni DRAMA QUEENN...




Thursday, August 27, 2009

it's happen again...



This video..actually, i want to dedicate to my most lovely daughter..Qaisara Husna Mohd Azrol, for being such a wonderful daughter to me..Sebenarnya, dia suka sangat kat nasyid ni, she love much!!bayangkan...perjalanan pulang dari Tg. Malim ke Tanjung Karang..dia asyik wish nak nasyid ni je...pastu, perjalanan balik dari Tg. karang ke Tg. malim...dia nak lg nasyid ni...pergh...naik hafal aku dibuatnya...hahahhah..takpe, jgn dia mintak lagu bukan2 udahle...

Berbalik pada tajuk entry hari ni..tak tau nak express camne..tp my husband dah betul2 marah...siap mention hari ni kalau jd lg, dia nak jumpa pengasuh tu...

Sebenarnya, time aku jemput husna dari nursery semalam..pengasuh tu mention lg dengan very politely...

pengasuh : mintak maaf le...husna kena GIGIT ..
Aku : kena gigit??(dgn blur2..)
pengasuh : aah...(sambil selak baju husna....dan tanda gigitan tu ada kat bwh tulang belikatnya)
aku : sapa gigit??
pengasuh : budak ni ha...(sambil tunjuk budak yg suka gigit tu...tgh tersengih=sengih pandang aku)..dah lama dia tak buat camni..
aku : hmm....semalam dia kena gigit gak kak...
pengasuh : ha....ye ke??
aku : hmmm...tak pe lah...(tak tau nak bg reaction camne)

lepas salam2 mama2nya...kami pun masuk ke kereta, reaction abah una....ni yg aku malas, part ni yg aku paling malas...sat lg tak pasal2 aku lak gaduh ngan abah dia..

Abah : ngape?
aku : hmm...una kena gigit lg...
abah : ha????kena lg??abis..ibu tak ckp apa2 ke kat pengasuh tu?
aku : nak ckp apa?budak yg buat..bukan tau apa pun...
abah : tak leh le camni...hari2 kena gigit...una, kenapa una tak lawan?
aku: apa lak ajar anak camtu??suka ke anak pukul2 org...gaduh2 ngan org??anak tu dah le garang...sat lg pandai pukul2 org...tak baik ajar anak camtu..
abah: takdelah...sat lg kang, abg pi jumpa je...
aku : nak jumpa sapa??budak tu??pe benda dia tau...budak kecik...
abah: bukan...abg pi jumpa pengasuh tu le...abah nak ckp..asingkan budak ni..suka gigit2 org..
aku : hmm...esok saya ckp le kat akak tu..

sambil2 tu...aku cuba berckp ngan husna...

aku : husna...sapa gigit una?
una : jamil...
aku : sakit tak?
una : sakit..
aku : lain kali...kalau dia gigit...una ckp, jgn le jamil...tak baik buat camni...sakit...
una : (ulang balik apa aku ckp...)
aku : hmm....

pagi td...on d way ke nursery, aku mention una...

aku : una...nanti kalau kwn tu gigit una lg...una ckp ngan dia, tak baik le awak buat camni..jgn le..
una : (seperti biasa...apa aku ckp..dia ulang balik..)

sampai je kat nursery :

pengasuh : una...ngape??
aku : dia ulang balik apa saya ckp...kalau kwn gigit lg, ckp le tak baik buat camni...
pengasuh : hmm..tu le, semalam masa dia kena gigit tu...dia mcm tahan sakit...
aku : (dlm hati aku...maunye tak sakit...sampai pecah darah!!..tp aku masih tak leh nak ckp apa yg husband aku pesan..)..tp kak, pg td bdn dia panas sikit...mcm nak demam...nanti kalau panas lg, akak bg ubat demam ni ye..
pengasuh : ok...nanti akak bg...

end of story, kalau budak tu gigit lg una hari ni...aku surrender kalau abah una sendiri ckp kat pengasuh tu...hmm...tak tau nak ckp camne, nak marah..budak kecik..benda dia tau kan??nak ajar anak aku protect diri..tak leh lak..sbb nanti dia pandai pukul2 org lak kan...seperti yg di mention oleh pengasuh tu..una tak pandai pukul org...mulut je riuh...mmg le kak oiii...dia sorang je kat rumah...kalau ada kakak dan abang, for sure dia hentak budak yg gigit dia tu..hahah.

una oh una...bdn una tembam sangat kot...tu sbb budak tu suka gigit una...hehhehe..what to do??tak pun budak tu syok kat una..hahhahaha....gile apa?

moral of the story, jgn le kita ajar anak kita perkara2 yang tak elok...belasah org ke..pukul2 ke..sepak2 ke..kalau dah masuk nursery ni, mmg mcm2 kepandaian baru yg dia dpt...bukan takat doa...lagu2..independence diri..malah, akal baru pun dia bwk balik..hergh!!kena banyak bersabar...

Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah 5 Ramadhan 1429H

Ilmu yang akan kita kongsi bersama pada hari ini adalah mengenai kemuliaan Ramadhan.

Ramadan tiba lagi untuk ke sekian kalinya, kedatangannya membawa pelbagai insentif untuk umat Islam yang mengharapkan keampunan dan keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya kedatangannya dinanti-nantikan oleh orang yang muttaqin. Hal ini demikian kerana Rasulullah s.a.w. telah memaklumkan kedatangan Ramadan dengan memberikan khabar gembira akan kedatangannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: Akan datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan, difardukan oleh Allah kepadamu puasa dalam bulannya, dibuka pintu langit dan dikunci pintu neraka, dirantai akan syaitan. Demi Allah terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan(Riwayat al-Nasai'i dan Baihaqi).

Selain itu, Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. katanya: Pada malam pertama bulan Ramadan dirantai syaitan, dikunci pintu neraka dan tidak dibuka pintunya, dan dibuka pintu syurga dan tidak ditutup pintunya, malaikat menyeru: Wahai mereka yang mengharapkan kebaikan, majulah! Wahai yang mahukan kejahatan mundurlah (Riwayat Tirmizi).

Dalam hadith yang lain daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan melakukan qiam dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampuni baginya dosanya yang lalu, dan sesiapa yang melakukan qiam pada Malam Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah akan diampuni dosa mereka yang lalu(Riwayat Bukhari). Manakala al-Tabrani memetik sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memberi jaminan yang Allah akan berselawat kepada mereka yang bersahur.

Berdasarkan hadith di atas, umat Islam sepatutnya berusaha untuk merebut peluang dan keuntungan yang terbuka luas di hadapan kita itu. Tetapi soalnya sejauh mana umat Islam boleh menghayati bahawa bulan Ramadan merupakan musim meraih kebajikan?

Mungkin ramai yang mengetahui bahawa bulan Ramadan itu istimewa untuk orang yang berpuasa; tidurnya merupakan ibadat, berdirinya merupakan tasbih, doanya mustajab, dan amalannya diganjarkan berlipat kali ganda. Kesemua ganjaran itu adalah kerana orang yang berpuasa itu menahan diri dan nafsunya serta meninggalkan segala kelazatan dan kesedapannya.

Tetapi realitinya, ramai yang mengambil kesempatan untuk tidur dalam tempoh berpuasa, walhal mereka mempunyai tugas dan tanggungan yang perlu diselesaikan. Maka tidurnya tidak lagi jadi ibadah sebaliknya dosa pula. Berapa ramai orang yang berpuasa sewaktu berdirinya dinilai sebagai tasbih, sentiasa membesarkan Allah dan sebagainya. Maka sebab itu barangkali ada orang yang membaca tasbih sambil berjalan. Sebenarnya Allah mahu umatnya sentiasa mengingati Allah sewaktu menjalani hidup ini, agar mereka tidak melakukan dosa. Begitulah hakikat tasbih.

Jika semua ini tidak dijadikan budaya bagi orang yang berpuasa, sudah tentu ganjaran puasa dan Ramadan seperti yang digambarkan di atas tidak akan diperoleh. Kalau itu tidak berlaku masakan doa umat Islam akan dikabulkan oleh Allah.

Umat Islam harus ingat yang Allah S.W.T memperuntukkan keistimewaan yang banyak ini adalah untuk kepentingan umat Islam sendiri. Antara keistimewaan itu ialah menjadikan Ramadan sebagai bulan yang utama dan penuh keberkatan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Kalau siangnya diwajibkan puasa sebagai amalan fardu, qiam pada malamnya merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan. Bahkan sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melakukan amalan sunat pada malam Qadar itu ganjarannya sama dengan melakukan amalan fardu dalam bulan yang lain.

Selain itu, bulan Ramadan juga disebut sebagai bulan untuk menguji kesabaran umat Islam. Sememangnya kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Maka sesiapa yang melakukan amalan fardu dengan penuh kesabaran, sudah tentu ganjarannya besar iaitu sama seperti melakukan 70 amalan fardu dalam bulan yang lain.

Kesabaran suatu amalan yang agak sukar dipraktikkan dalam diri seseorang. Kalau sebelum bulan Ramadan dia sukar menjadi penyabar sudah tentu lebih sukar kalau berada dalam bulan Ramadan. Akan tetapi jika seseorang itu boleh mengawal nafsunya, pastilah dia boleh menjadi penyabar dalam bulan Ramadan.

Dalam masa yang sama, bulan Ramadan dikatakan bulan kerjasama dan bantu membantu. Bahkan dalam bulan ini, Allah menambahkan lagi rezeki kepada umat Islam yang menyediakan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa. Pahalanya sama dengan memerdekakan seorang hamba, tanpa mengira apakah jenis juadah yang disediakan itu.Dalam hal ini, ramai juga umat Islam yang menganjurkan majlis berbuka puasa sama ada di rumahnyaatau di masjid atau surau. Amalan ini wajar diteruskan malah perlu diperbanyakkan lagi. Pada hari ini, cukup kalau mereka menyumbang wang kepada masjid atau surau untuk majlis itu kerana terdapat ramai musafir atau jemaah yang melakukan jemaah Maghrib.

Suasana di tempat itu lebih sesuai berbanding dengan rumah kerana di rumah tiada kemudahan untuk mengambil air sembahyang dan tempat sembahyang yang selesa. Kadang-kadang mereka terpaksa melewatkan waktu sembahyang kerana bergilir-gilir mengambil air sembahyang atau tempat sembahyang yang sempit.

Jika sepenuh bulan Ramadan ini dapat dilaksanakan aktiviti yang disebutkan di atas, pastilah umat Islam berada dalam keadaan yang selesa di sisi Allah. Hal ini demikian menepati janji Allah bahawa pada awalnya rahmat, pada pertengahannya keampunan dan pada penghujungnya pembebasan diri dari neraka Allah.

Oleh hal yang demikian, umat Islam digalakkan supaya memperbanyakkan amalan baik pada bulan ini. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah empat perkara; dua perkara yang sangat disukai oleh Tuhanmu dan dua perkara yang sudah semestinya manusia sukai. Dua perkara yang disukai oleh Tuhan ialah syahadah La Ilaha Illallah dan beristighfar pada setiap keadaan. Dua perkara semestinya disukai oleh manusia iaitu meminta dimasukkan oleh Allah ke syurga dan dijauhkan dari neraka-Nya.

Sebenarnya, dalam bulan Ramadan wajar kita membetulkan akidah kita kepada Allah. Maka dengan itu kita akan melakukan puasa kerana Allah demi mendapat keredaan-Nya. Begitu juga dengan amalan lain yang kita lakukan baik dalam bulan Ramadan mahupun pada bulan lain. Inilah yang dimaksudkan dengan syahadah La Ilaha Illallah.

Selain itu, umat Islam digalakkan supaya bertaubat kerana setiap orang tidak terlepas daripada
melakukan salah dan silap. Mungkin dalam melakukan ibadah kepada Allah kita tersalah niat atau terselit rasa riak dan sebagainya, maka di sini perlulah kita bertaubat. Apatah lagi kalau seseorang itu melakukan dosa dalam bulan Ramadan. Inilah yang dimaksudkan dengan beristighfar.

Mengenai dua perkara yang manusia sukai iaitu meminta dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari neraka ada kaitan dengan amalan dan taubat di atas. Maka jika umat Islam mahu dimasukkan ke dalam syurga sudah tentu mereka mesti melakukan kerja yang diperintahkan oleh Allah. Begitu juga jika mereka tidak mahu dimasukkan ke dalam neraka, wajarlah mengelak diri daripada melakukan perkara yang haram.

Tetapi adakah wujud kini orang yang berpuasa mengelakkan dirinya daripada perkara yang haram? Berbuka dengan hidangan atau sumber yang halal? Wujudkah mereka yang boleh menahan lidahnya daripada umpat keji dan adu domba? Apakah ada mereka yang boleh menghalang matanya daripada melihat yang haram? Dan adakah wujud mereka yang boleh mengikhlaskan puasanya dan qiamnya untuk Allah Azzawajalla?

Keadaan ini ternyata berbeza dengan pengalaman orang dahulu menyambut Ramadan. Ibnu Umar pernah berkata: Selamat datang bulan Ramadan seluruhnya, yang pada waktu puasanya berpuasa dan malamnya berqiam, sedangkan membelanjakan harta pada bulannya merupakan sabilillah.

Dalam hal ini Anas bin Malik berkata: Orang yang berpuasa ketika keluar dari kubur pada hari kiamat nanti akan mengenali wangian puasanya, harumnya lebih harum dari aroma kasturi. Dan dihidangkan kepada mereka hidangan dan juadah. Lalu dikatakan kepada mereka: Makanlah kamu kerana dulunya kamu lapar ketika orang lain kenyang, minumlah kerana kamu dahaga pada saat orang lain tidak dahaga, rehatlah kerana kamu penat ketika manusia lain berehat. Lalu mereka makan, minum, dan berehat pada saat orang lain sibuk dengan perhitungan (hisab) amalan mereka dengan penuh kesukaran.

Berita gembira ini pastinya datang daripada Rasulullah s.a.w. Dan para sahabat telah menghayati Ramadan dan melakukan puasa dengan sebaiknya. Malah mereka berjaya membentengi dirinya dari dosa dan maksiat. Seterusnya mereka mengikhlaskan puasanya hanya kepada Allah S.W.T sahaja.

Dalam masa yang sama, umat Islam harus merenungi nasib malang yang akan menimpa mereka yang gagal melaksanakan puasa ini dengan sebaiknya. Fikirkan nasib orang yang berpuasa tetapi masih mengkhianati saudara seagama dengannya. Fikirkan keadaan orang yang beribadat kepada Allah tetapi dengan separuh hati sahaja. Fikirkan juga orang yang lidahnya menyebut nama Allah tetapi hatinya menghala ke lain.

Kemudian, pertimbangkan betul-betul apakah puasa yang kita lakukan boleh menjadi pelindung dalam berhadapan dengan kesempitan pusara dan kepanasan Mahsyar. Apakah puasa yang dikerjakan untuk memenuhi tuntutan ibadat atau adat sahaja atau apakah puasa yang kita kerjakan merupakan puasa jasad sahaja atau membawa ke hati juga.

Oleh sebab itu, pastikan yang kita benar-benar berjaya merebut peluang yang terbuka luas di hadapan kita untuk direbut dan diisi sepenuhnya. Ingatlah sabda Rasulullah (s.a.w.): Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.

Untuk itu, kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan budaya mereka yang di sekeliling kita yang rata-ratanya memberikan perhatian pada dua minggu pertama Ramadan sahaja untuk melakukan qiam Ramadan baik dengan tarawih, membaca al-Quran, dan lain-lain lagi. Sebaliknya, langsungkan sehingga ke sepuluh akhir Ramadan yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Qadar.

Hal ini demikian diperkuatkan oleh Rasulullah dalam hadithnya: Sesiapa yang melakukan qiam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah akan diampuni dosa-dosanya yang lalu."

Pagi yg Gelap

Pagi yang indah di bulan Ramadhan ni...aku buntu, tak tau nak mulakan yang mana dulu..kerja banyak, soalan exam..surat menyurat..kertas cadangan..mcm2..tp, masuk2 je office...baca paper dulu..hahahha..tu wajib setiap hari..

mlm td, sahur pun mcm tak sahur..ngantuk sangat...berbuka ptg semalam...lepas solat asar, konon nak lelap barang seminat dua...tp terlajak sampai setengahjam daa....husband pun tertido sbb kurang sihat..masih batuk lg, kalau tak kerana una nangis boring main sorang2..sure terlajak sampai berbuka..hahahha..tenat...tenat!!

Oleh kerana semalam masa memasak hanya tinggal 1/2 jam..so, aku pun masak ala kadar je la...kami sekeluarga berbuka hanya menjamah meehoon goreng, air oren dan keropok goreng (thank's along sbb bg keropok)..ingat nak buat cucur udang, tp sat lg aku sorang je makan...housemate aku batuk lak...tak lalu mkn...sangat sedih, sbb very simple juadah...tp tak pe le...di bulan puasa ni, kita tak leh membazir...aku pun sental mana ada je..(mesti mak gelak dengar juadah berbuka puasa aku semalam...hahahha...kalau mertua aku tau, sure dia ckp...sian anak aku!!....)

Al kisah...semalam, masa jemput husna dari nursery...mcm biasa, dia seronok sangat ibu jemput dia balik...tp sebelum tu, dari pintu pagar tu lg aku terdengar nyanyian lagu all maid donald secara solo...hahah..suara ni mcm kukenal...mmg sah...anak aku! Hmm..what to do...mmg suka sangat nyanyi...dia buat show lak semalam...dia duduk atas riba pengasuh yang di panggil mama ina, dengan di kelilingi rakan2 seperjuangan...hahhaah...nampak je kelibat aku, terus berlari...salam2 semua mama2 di nursery tu...sarung selipar...konon nak balik..tp sebelum tu, pengasuh una ckp " sorry le jie, td una kena gigit..." so, as usual...aku sendiri dah tau anak aku lasak...so, i dont bother la...aku ckp, tak pe la kak..sama2 budak...anak saya pun lasak...

masuk je kekereta...as usual, mata husband aku nampak je apa tak kena kat anak dia...'ni kenapa tangan una ni'...aku dgn selamber nya menjawab..' td akak tu ckp, ada budak gigit una, biasalah budak..anak awak pun lasak...so nak ckp apa'...'luka ni'...kata suami aku...HAAAA.....terkejutnya aku...terus tgk..mmg luka...darah...dan ada kesan gigi lg kat lengan una...'lor, saya tak perasan le pulak....'.....husband aku pun bising2...

hmmm..what to do...nak marah, semua budak2...bukannya akal panjang lg..sama2 diaorg...nak marah, anak kita pun lasak..tp lasak una bukan memukul org...suara je kuat...hahahhaha...tak pe la, nanti lama2 dia tau le defend diri dia..next time, kalau ada kwn2 pukul dia or gigit dia...pandai le dia defend diri sendiri kan...baru le ada GIVE and TAKE...tau le dema nanti kalau una membalas...anak aku tu brutal..sama mcm emaknya...hahahha..

aku tak ajar anak aku pukul2 org...tp semua tu perkembangan kanak2..bila dia dah bercampur-campur kwn2..mmg setiap hari ada je perkara baru yg dia dpt...tp peranan kita sebagai seorang ibu..pandai le kita ajar anak kita...benda tak elok..kita explain baik2 kat dia...tak baik, ALLAH marah...berdosa...tp kdg2 kalau geram...aku kutil gak..hahhaha..part ni aku mengaku, aku ni tak sesabar kakak aku..kdg2 geram, aku kutil gak..

Antara aku dan husband..mmg banyak perbezaan...dia lembut, pertuturan...layanan...mmg kontra dgn aku yg brutal ini...aku garang (mulut)..brutal sikit...mungkin cara pembesaran kami berbeza...dia membesar di kalangan adik beradik yg ramai perempuan, aku pulak membesar dengan abang2 dan adik2 yg semuanya lelaki...time aku membesar...kakak aku duduk asrama...dia training aku jd gurly pun masa tu aku dah besar...so...brutal ttp brutal..hahahha....

Husna mmg menurun perangai aku...60% ibu..40% abah...so dlm ganas2 dia, ttp ada kelembutan abah dia..hahhaha...nak buat camne...gen belah aku lg banyak dlm diri anak aku tu..lasak tak pe, jgn dia tak aktif..tak syok le...

so...i've got to go..nak sambung kerja sikit...

p/s-semalam..aku belasah collect soalan exam...mmg kelakar...sampaikan dekan pun aku pulun...pedulik hape..janji kerja aku settle cepat sebelum tarikh submit tu..hahah...sampaikan rakan sekerja kata aku kejam...sbb aku mention dia...meeeting2 jugak...soalan antar cepat...hahahha....go ujie go!

Tuesday, August 25, 2009

Dengar....Hayati....dan Fahami..




Hari ke-empat kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. . Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. (thank's to Dr. Zana yang mengesyorkan aku mendengar alunan merdu dari Mishary Rashid Al-Afasy, hari-hari dengar alunan dari Mishary ni masa mengandungkan arwah...sbb sangat lunak dan merdu alunan bacaannya)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Ayat 1000 Dinar


Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang mengsyorkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

p/s: Sebaik2nya anda simpan ayat ini dan jadikan doa...insyaallah....semoga ALLAH memurahkan rezeki kita...juz to share with all my friends..

Saturday, August 22, 2009

An evening without abah..

Actually, abah una masa ni ada kelas..busy nak exam..so we've taken our picture without him la..so i called this entry 'AN EVENING WITHOUT ABAH'...heheheh....sorry abah, next time yer....





una : 'ibu..kita nak kemana?
ibu : abah takde...kita ronggeng le...hahahhaha


una with her bike..naughty girl, org nak basuh kereta, dia pun nak basuh basikal dia..


busy dgn make ibu..abis jahanam eye shadow aku..


ibu, nape bg una pakai selendang dgn gown..hehehhe
seksi maa...kalau abah ada, dia tak bg ibu dress up una mcm ni..hahahha..takpe, kecik2 ibu bg pakai camni..dah besar....tak leh dah la..


see...i've told you...abis jahanam eye shadow aku!!kena claim kat abah dia ni..


with my cousin at Raub, pahang..balik rumah pusaka arwah nyang..berkumpul ramai2..without abah una juga...kami balik ngan atok & wan


with amirul, maksu and zue..not forgotten una n maklong mila


from now on, abah una dah abis study..so weekend2 je ada le masa untuk kami...takde le ibu tinggal berdua je ngan una..heheh..apa lg, kita ENJOY!!!

Friday, August 21, 2009

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi) dan luahan hatiku


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


p/s- aku dpt artikel ni dari my lovely sister...along, thank's for being such a wonderful, lovely sister for me..yg sentiasa memberi semangat semasa aku dlm keadaan lemah, sedih mengenangkan arwah anakanda tercinta..mmg sedih menerima hakikat ketiadaan anak yg ku kandung selama ini tiada di sisi...berpantang sorang2 dengan ditemani husna di sisi...tp aku harus terima hakikat, bangun dari kesedihan...sedih mmg sedih tp tak leh di ikutkan sangat..takut lain jdnya..

mungkin ramai di kalangan rakan-rakan blogger pelik kenapa aku tak pernah komen pasal arwah anakku di blog ini selepas luahan rasa hatiku di blog sebelum ni..biarlah semuanya menjadi kenanganku dan keluarga...aku tak pernah lupa pada arwah Qaid, tp aku tak nak share perasaan ni dgn sapa2 kecuali along dan my husband...sbb, nanti emosi aku akan terganggu...i cannot control my emotion, that's the fact....so aftar this, any question about arwah, i'm so sorry...saya tak leh nak jwb...sbb kebanyakan soalan yg diajukan kepadaku, akan membuat aku hiba..sedih...

bukan bermakna, aku tak leh terima takziah dari kwn2...tp kebanyakan soalan yg dilemparkan adalah seperti ni :

1) jie, awak kena tak postnatal blue??(just say it 'MEROYAN'...kan senang??)

2) camne arwah leh kena sakit jantung??

3) anak ko berapa bulan??takkan berapa bulan pun tak tau??

4) cerita sikit camne arwah sepanjang sakit tu...

for all the fuller out there...sensitif le sikit...i've lost my son!!bukan aku ni kehilangan kucing or binatang belaan...

juz dtg pada aku, ckp TAKZIAH...dah memadai...tp tak pe, life must go on...takkan aku nak sorok kat rumah tak nak jumpa org kan...lambat laun, kena keluar rumah gak...

aku semakin pulih...kerana aku di kelilingi org2 yg sentiasa memberi semangat dan galakkan kepadaku..thank's to all my family...mak..bpk..along...n my lovely husband. and daughter..i love all of you so much!!


corat coret


good girl!!kakak kena mengalah dgn adik..



mmg sah anak ujie...pantang bergambar...sure tergediks



main cak-cak dgn kyra


first time tgk kyra senyum penuh...selalu senyum simpul jer..pandai kakak una bg dia gelak


awat ambik gambar mcm nyanyi lagu negaraku jer


tolak stroller, walaupun demam..segar terus lepas jumpa kyra


Thank's to cik bee sudi ambik gambar kami.., masa ni kami baru je sampai ke canselori UPSI, actually nak bwk una pi klinik, tp punya le ramai org...terus singgah ke UPSI..una kalau bwk shopping ke, jln2 mana pun le..kena dudukd lm stroller...kalau tak...jenuh nak kejar..

kat UPSI plak ada pesta konvo(musim konvo time ni)..tp sbb H1N1 yang melanda malaysia, kami tak kluar le ke tapak pesta, lepak kat canselori...sementara menunggu faizal tahir dtg nyanyi...mlm tu faizal tahir dtg...tak sangka, dulu time sekolah alim je..maklum le sekolah agama..hehehhe..sekarang rock n roll beb!!

mula2 my hubby ajak balik dah...tak larat katanya, tp aku ckp tunggu le sat...nasib baik le my hubby sporting, so tunggu le gak..hehehe, anak demam...nak pi mencelah-celah tgh org...sorry ler, tak kosar...husna ttp hiper walaupun demam...so kami tgk dari jauh je la...faizal tahir nyanyi kat tgh padang, kami tgk nun jauh kat depan canselori..dekat ngan kereta honda civic dia..hehehe...dpt dengar faizal tahir nyanyi 2 lagu..jadilah, kemudian, kami pun balik le...

actually, aku ni bukan le minat sangat kat faizal tahir ni..tp sbb suara dia yang sangat menawan kalbu tu...ditambah plak dgn lagu2 dia yg tergolong dlm kategori best tu...aku sanggup le tunggu..tp mmg ramai org mlm tu...tak sangka, tak takut dgn H1N1...berasak-asak kat tgh padang...ceruk kampung mana pun semua kluar dengar artis dtg...heheh..kelazzzzz

p/s-this photo i've taken from beedarling punya blog...thank's b!! aku curik gambar kat blog hang..hehehe