Pages

Wednesday, September 2, 2009

Iktibar

Malam tadi, selepas solat maghrib..memandangkan abah una masih kurang sihat, dia tidak dpt ke masjid menunaikan solat terawikh. Selepas mengemas apa2 yang patut..kami sekeluarga menonton TV. Oleh kerana tiada rancangan yang menarik hati...dan atas permintaan una yang amat meminati cerita2 klasik ni..kami memilih untuk menonton BATU BELAH BATU BERTANGKUP..hmm...memang best menonton filem klasik ni, cuma ada beberapa kesimpulan dan iktibar yang aku rasa patut di share dengan rakan-rakan blogger yang rajin membaca entry ni..(ada ke??hahhaha)

BATU BELAH BaTU BERTANGKUP ini adalah cerita dongeng. Jika ada yang tak berapa pasti dengan cerita ni atau ada yang tidak mengetahuinya..hmmm, tak percayalah..setidak-tidaknya mungkin sekali pernah diceritakan oleh mak atau nenek2 kita...tak pun, pernah baca buku2 cerita dongeng rakyat dulu2..terutamanya semasa kecil..hati kita mungkin pernah merasa seram dan ditakut-takutkan oleh kisah seorang ibu menyerahkan dirinya ke dalam sebuah gua batu yang boleh menelan manusia. Lalu hati kita kecut, takut-takut ibu kita pula akan ditelan batu. Lalu kita pun berhenti menangis atau merajuk takut-takut ibu kita akan mengalami keadaan yang sama. Walaupun cerita ini jelas berunsurkan dongeng malah di sesetengah tempat terdapat elemen tahyul, namun cerita ini tetap masyhur disampaikan dari generasi ke satu generasi. Malah karyawan seni Melayu telah memertabatkan kisah ini menjadi sebuah filem (seperti yang ditonton oleh kami sekeluarga mlm td, tp filem ini takde keasliannya…banyak yang telah di olah, amat berlainan dengan cerita asal yang pernah ku baca).

Diringkaskan kisahnya berkenaan dengan seorang balu miskin dengan dua orang anaknya yang masih kecil. Yang sulung, seorang perempuan, manakala yang bongsu pula seorang lelaki. Ibu tersebut terpaksa menyara dan memelihara kedua anak itu setelah suaminya meninggal dunia. Justeru ibu miskin tadi terpaksa menyara kehidupan anaknya dengan membuat berbagai-bagai kerja, dari bercucuk tanam, mengambil upah bekerja di rumah orang hinggalah menangkap ikan.


Pada suatu hari, ibu tadi berjaya menangkap seekor ikan Tembakul yang mempunyai telur. Setelah ikan ini siap dimasak, siibu tadi berpesan kepada anak perempuannya agar memberi anak lelaki kecilnya makan. Manakala dia terpaksa keluar kerana masih ada kerja yang hendak dibuatnya. Sebelum pergi siibu mengingatkan anak perempuan agar menyimpan sedikit telur ikan Tembakul yang telah siap dimasak untuk dimakannya sewaktu pulang ke rumah nanti. Sepeninggalan ibunya, kakak tadi pun memberi adiknya makan. Setelah habis bahagian siadik, kakaknya menjadi bimbang kerana siadik masih belum puas, dia terus menerus minta tambah sedangkan tidak ada lagi telur ikan yang tinggal kecuali yang telah disimpan untuk siibu.

Siadik terus menangis, merayu-rayu dan merengek-rengek minta tambah. Setelah beberapa lama, sikakak tidak sampai hati, lalu memberi baki telur ikan Tembakul bahagian siibu untuk adiknya. Telur ikan itupun habis semuanya. Tidak lama kemudian siibu pun pulang. Alangkah kecewa hatinya apabila didapati telur ikan yang sangat diinginkannya telah habis dimakan oleh anaknya. Ia kecewa, marah dan benar-benar terkilan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar membawa dirinya ke batu belah batu bertangkup untuk ditelan. Dia pun berlari ke tempat batu itu sambil berkata, “batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku… aku kempunan telur ikan tembakul.” Begitu diseru berulang-ulang sambil berlari dengan deras menuju batu belah batu bertangkup. Melihat keadaan itu, sikakak pun mengejar ibunya sambil mengendung adiknya. “Ibu, ibu… jangan, jangan tinggalkan kami.” Pendek cerita, siibupun ditelan batu dan tinggallah kedua anak tadi menjadi yatim piatu.

Cerita itu terus bersambung dengan pelbagai episod lagi. Hinggalah kononnya kisah ini berakhir dengan ‘happy ending’ bila siadik lelaki berkahwin dengan puteri raja dan sikakak juga turut berkawin dengan putera raja. Namun apa yang hendak diiulas menerusi tulisan ini cukup hanya setakat itu sahaja. Jelas terdapat kepincangan yang besar pada karektor ibu dalam kisah ini. Sebagai ibu, perbuatan merajuk atas perbuatan anak (dalam kes ini sehingga sanggup membunuh diri) adalah salah. Ibu adalah individu yang mesti mengasihi dan menyayangi anaknya sepenuh hati yakni secara ‘love without condition’. Maksudnya, cinta tanpa syarat. Apa sahaja sanggup dikorbankan demi kebahagian anak, mahupun diri sendiri.

Dalam kisah ini, jelas kelihatan jiwa siibu terlalu kecil dan rapuh, sehingga begitu terkesan dengan perbuatan anaknya yang masih kecil dan belum matang berfikir. Sedangkan dalam proses mendidik anak, kesabaran dan kebijaksanaan sangat diperlukan. Seorang ibu adalah seorang pendidik yang benar-benar merasakan tugas mendidik anak ialah amanah besar daripada Allah.

Malangnya ibu dalam kisah ini, tidak mengikut panduan-panduan yg tepat dalam mendidik dan menangani karenah anak-anaknya. Dia melakukan kesalahan besar kerana menyangka anak-anaknya mementingkan diri dan tak menyayanginya kerana memakan telur tembakul. Sedangkan sebenarnya, anak itu sayang kepadanya. Tetapi oleh kerana fikiran mereka tidak dapat menjangkau fikiran dan perasaan si ibu, si kakak memberi telur tembakul kepada adiknya. Bukan kerana mementingkan adik lebih dari ibunya, tetapi semata-mata kasihan melihat adik yang menangis-nangis meminta telur tersebut. Dan si anak kecil juga, kerana terlalu kecil, apa yg difikirkan hanyalah makan. Dia belum boleh berfikir tentang perasaan dan kehendak ibunya. Apalah yang boleh difikir oleh anak sekecil itu, melainkan lapar, sakit, bermain dan sebagainya?

Kalaulah si ibu dapat menyelami dilema yang dihadapi oleh anak perempuannya, dan kelaparan yang dialami oleh anak lelakinya, maka sudah pasti dia rela mengorbankan telur ikan itu. Dia harus sedar bahawa anak itu tidak boleh dilayani sebagai seorang dewasa. Dan dia telah meminta terlalu banyak daripada anaknya yang masih kecil. Siibu harus sedar… bahawa Tuhan pun tidak menghukum anak yang masih kecil. Sedangkan ibu kita, hatta diri kita sendiri sebagai seorang ibu yang WARAS, sanggup mengalah..menahan lapar dan dahaga demi anak2 kita. Pengorbanan seorang ibu…tiada hadnya.

Moral of the story : Cerita ini memberi pengajaran kepada kita bahawa anak itu adalah ANUGERAH ALLAH..tugas kita sebagai ibubapa adalah mendidik anak2 kita agar menjadi insan yang berguna demi agama, bangsa dan negara. Janganlah hanya kerana isu yang amat bodoh tanpa menggunakan kewarasan firikan yang dikurniakan ALLAH, kita sanggup meninggalkan anak2 kita (seperti cerita ini) So...renung renungkan dan selamat beramal...

p/s- Mlm td juga, hanya kerana kisah BATU BELAH BATU BERTANGKUP ni...aku berbalah dengan suamiku...hahahha, AMPUN BANG!!kisah2 camni amat menyentap perasaan saya..sapa suruh abg main2..kan dah kena...takkan tak tau, isteri abg ni DRAMA QUEENN...




1 comment:

danishahumaira said...

tu yg aku malas nak tgk cerita dulu2 rasa ngok sangat mak dia dgn budak pun nk gaduh anak sendiri lak tu, ishh ada ke mak camtu jaman skang ni