Pages

Tuesday, November 11, 2008

Baby No.2

Alhamdulillah....aku di sahkan mengandung lg, usia kandungan dah masuk 1 bulan 1/2...Aku amat gembira dengan berita ini....suami pun amat gembira...sampai tak sabar2 nak bgtau kat semua ahli keluarga di Kedah.

Aku??pun gembira juga...tp dlm gembira aku amat shock!! Antara punca aku kureng excited :

i) Husna masih menyusu lg..masih breast feeding
ii)Husna masih kecil, baru masuk 1 tahun 1/2
iii) luka operation yang lepas....masih baru, sepatutnya di nasihatkan biar gap 3 tahun antara anak sulung n yg ke.2
iv)Suami masih belajar lg...
v)Aku belum ready sepenuhnya...

Tp aku ttp bersyukur dengan kurniaan ALLAH ni..mungkin ini adalah rezeki yang ALLAH berikan kepada aku n suami..pengikat kasih di antara kami yang SUKA n KERAP berselisih faham 2,3 menjak ni...tak sangka...patut le suami aku ni kdg2 mcm buat perangai..suka2 hati nak marah..naik angin..rupanya, ada SESUATU pada diri aku...hahahah

Husna??masih mcm tu...masih belum mengerti sepenuhnya apa yg ibu cuba sampaikan pd dia..tak tak mengerti apa yg ibu dia maksudkan dengan IBU ADA BABY...

Aku cuba untuk putuskan susu dengan husna..tp menitik air mata ni bila mengenangkan yg dia lapar..dia nak susu bdn ni...tak sanggup nak dengar dia merengek nak susu bdn...mcm2 suggestion yg kwn2 aku syorkan...tp hati seorang ibu, tak sanggup...tak sampai hati nak pisahkan anak dan susu bdn ni...

Td aku ke Klinik kesihatan, mcm2 procedure baru kat klinik ni...sakit tangan aku bila dicucuk ambik darah...kena kencing sampai berkali kali...fed up tunggu klinik kesihatan yg masih tak up to date...masih menggunakan sistem manual padahal seluruh negara dan bdn2 kerajaan..semua dah menggunakan sistem canggih...record semua ada dlm pc....tp kat klinik tu masih menggunakan sistem manual...tunggu punya tunggu..dari waktu yg sepatutnya bermula tugas pkl 2...diaorg mula check up pkl 2.30...dari sepatutnya habis check pkl 3...habis check pkl 4.15..ya ALLAH..sabarnya la aku menunggu mcm org bodo td!!

Setiap masa aku berdoa..ya ALLAH Ya Rabbul alamin...selamatkan anak aku yg kukandung ini...dan selamatkan lah anak ku Qaisara Husna dunia dan Akhirat...selamatkan lah ke dua-duanya...aku berdoa kepadamu..agar anak2 ku menjadi seorang manusia yg berguna, soleh n solehah..muslimin dan muslimat yang taat kepada perintahmu...seorang yang berjaya dan berguna di dunia n akhirat...jauhilah anak2 ku dari segala pancaroba duniawi n ukhrawi...aku sayang ke 2 anak ku ini..lindungilah mereka dari pancaroba duniawi ini ya ALLAH...semoga anak2 ku menjadi seorang manusia yang beramal soleh dan solehah...beriman kepadaMU, bertaqwa..Ya ALLAH, jagalah anakku Qaisara Husna dan anak yang berada di dalam kandungan ku ini, berikan lah dia kesembuhan kerana tiada siapa yang memberinya selainMU jua, kesembuhan yang tiada meninggalkan kesan-kesan yang tidak elok...Ya ALLAH, kuniakanlah kepadanya kesihatan, kecerdikan, pengalaman dan ilmu..Ya ALLAH, jadikan lah ia anak-anak yang berbudi bahasa, petah bercakap serta merdu suaranya membaca AL-QURAN dan HADITH, dengan berkat penghulu kami.. Nabi Muhammad S.A.W...

Qaisara Husna, ibu sayang HUSNA....dan ibu sayang adik Husna....jd anak yg baik ye nak..

No comments: