Pages

Wednesday, August 26, 2009

Pagi yg Gelap

Pagi yang indah di bulan Ramadhan ni...aku buntu, tak tau nak mulakan yang mana dulu..kerja banyak, soalan exam..surat menyurat..kertas cadangan..mcm2..tp, masuk2 je office...baca paper dulu..hahahha..tu wajib setiap hari..

mlm td, sahur pun mcm tak sahur..ngantuk sangat...berbuka ptg semalam...lepas solat asar, konon nak lelap barang seminat dua...tp terlajak sampai setengahjam daa....husband pun tertido sbb kurang sihat..masih batuk lg, kalau tak kerana una nangis boring main sorang2..sure terlajak sampai berbuka..hahahha..tenat...tenat!!

Oleh kerana semalam masa memasak hanya tinggal 1/2 jam..so, aku pun masak ala kadar je la...kami sekeluarga berbuka hanya menjamah meehoon goreng, air oren dan keropok goreng (thank's along sbb bg keropok)..ingat nak buat cucur udang, tp sat lg aku sorang je makan...housemate aku batuk lak...tak lalu mkn...sangat sedih, sbb very simple juadah...tp tak pe le...di bulan puasa ni, kita tak leh membazir...aku pun sental mana ada je..(mesti mak gelak dengar juadah berbuka puasa aku semalam...hahahha...kalau mertua aku tau, sure dia ckp...sian anak aku!!....)

Al kisah...semalam, masa jemput husna dari nursery...mcm biasa, dia seronok sangat ibu jemput dia balik...tp sebelum tu, dari pintu pagar tu lg aku terdengar nyanyian lagu all maid donald secara solo...hahah..suara ni mcm kukenal...mmg sah...anak aku! Hmm..what to do...mmg suka sangat nyanyi...dia buat show lak semalam...dia duduk atas riba pengasuh yang di panggil mama ina, dengan di kelilingi rakan2 seperjuangan...hahhaah...nampak je kelibat aku, terus berlari...salam2 semua mama2 di nursery tu...sarung selipar...konon nak balik..tp sebelum tu, pengasuh una ckp " sorry le jie, td una kena gigit..." so, as usual...aku sendiri dah tau anak aku lasak...so, i dont bother la...aku ckp, tak pe la kak..sama2 budak...anak saya pun lasak...

masuk je kekereta...as usual, mata husband aku nampak je apa tak kena kat anak dia...'ni kenapa tangan una ni'...aku dgn selamber nya menjawab..' td akak tu ckp, ada budak gigit una, biasalah budak..anak awak pun lasak...so nak ckp apa'...'luka ni'...kata suami aku...HAAAA.....terkejutnya aku...terus tgk..mmg luka...darah...dan ada kesan gigi lg kat lengan una...'lor, saya tak perasan le pulak....'.....husband aku pun bising2...

hmmm..what to do...nak marah, semua budak2...bukannya akal panjang lg..sama2 diaorg...nak marah, anak kita pun lasak..tp lasak una bukan memukul org...suara je kuat...hahahhaha...tak pe la, nanti lama2 dia tau le defend diri dia..next time, kalau ada kwn2 pukul dia or gigit dia...pandai le dia defend diri sendiri kan...baru le ada GIVE and TAKE...tau le dema nanti kalau una membalas...anak aku tu brutal..sama mcm emaknya...hahahha..

aku tak ajar anak aku pukul2 org...tp semua tu perkembangan kanak2..bila dia dah bercampur-campur kwn2..mmg setiap hari ada je perkara baru yg dia dpt...tp peranan kita sebagai seorang ibu..pandai le kita ajar anak kita...benda tak elok..kita explain baik2 kat dia...tak baik, ALLAH marah...berdosa...tp kdg2 kalau geram...aku kutil gak..hahhaha..part ni aku mengaku, aku ni tak sesabar kakak aku..kdg2 geram, aku kutil gak..

Antara aku dan husband..mmg banyak perbezaan...dia lembut, pertuturan...layanan...mmg kontra dgn aku yg brutal ini...aku garang (mulut)..brutal sikit...mungkin cara pembesaran kami berbeza...dia membesar di kalangan adik beradik yg ramai perempuan, aku pulak membesar dengan abang2 dan adik2 yg semuanya lelaki...time aku membesar...kakak aku duduk asrama...dia training aku jd gurly pun masa tu aku dah besar...so...brutal ttp brutal..hahahha....

Husna mmg menurun perangai aku...60% ibu..40% abah...so dlm ganas2 dia, ttp ada kelembutan abah dia..hahhaha...nak buat camne...gen belah aku lg banyak dlm diri anak aku tu..lasak tak pe, jgn dia tak aktif..tak syok le...

so...i've got to go..nak sambung kerja sikit...

p/s-semalam..aku belasah collect soalan exam...mmg kelakar...sampaikan dekan pun aku pulun...pedulik hape..janji kerja aku settle cepat sebelum tarikh submit tu..hahah...sampaikan rakan sekerja kata aku kejam...sbb aku mention dia...meeeting2 jugak...soalan antar cepat...hahahha....go ujie go!

Tuesday, August 25, 2009

Dengar....Hayati....dan Fahami..




Hari ke-empat kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. . Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. (thank's to Dr. Zana yang mengesyorkan aku mendengar alunan merdu dari Mishary Rashid Al-Afasy, hari-hari dengar alunan dari Mishary ni masa mengandungkan arwah...sbb sangat lunak dan merdu alunan bacaannya)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Ayat 1000 Dinar


Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang mengsyorkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

p/s: Sebaik2nya anda simpan ayat ini dan jadikan doa...insyaallah....semoga ALLAH memurahkan rezeki kita...juz to share with all my friends..

Saturday, August 22, 2009

An evening without abah..

Actually, abah una masa ni ada kelas..busy nak exam..so we've taken our picture without him la..so i called this entry 'AN EVENING WITHOUT ABAH'...heheheh....sorry abah, next time yer....





una : 'ibu..kita nak kemana?
ibu : abah takde...kita ronggeng le...hahahhaha


una with her bike..naughty girl, org nak basuh kereta, dia pun nak basuh basikal dia..


busy dgn make ibu..abis jahanam eye shadow aku..


ibu, nape bg una pakai selendang dgn gown..hehehhe
seksi maa...kalau abah ada, dia tak bg ibu dress up una mcm ni..hahahha..takpe, kecik2 ibu bg pakai camni..dah besar....tak leh dah la..


see...i've told you...abis jahanam eye shadow aku!!kena claim kat abah dia ni..


with my cousin at Raub, pahang..balik rumah pusaka arwah nyang..berkumpul ramai2..without abah una juga...kami balik ngan atok & wan


with amirul, maksu and zue..not forgotten una n maklong mila


from now on, abah una dah abis study..so weekend2 je ada le masa untuk kami...takde le ibu tinggal berdua je ngan una..heheh..apa lg, kita ENJOY!!!

Friday, August 21, 2009

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi) dan luahan hatiku


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga.

Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


p/s- aku dpt artikel ni dari my lovely sister...along, thank's for being such a wonderful, lovely sister for me..yg sentiasa memberi semangat semasa aku dlm keadaan lemah, sedih mengenangkan arwah anakanda tercinta..mmg sedih menerima hakikat ketiadaan anak yg ku kandung selama ini tiada di sisi...berpantang sorang2 dengan ditemani husna di sisi...tp aku harus terima hakikat, bangun dari kesedihan...sedih mmg sedih tp tak leh di ikutkan sangat..takut lain jdnya..

mungkin ramai di kalangan rakan-rakan blogger pelik kenapa aku tak pernah komen pasal arwah anakku di blog ini selepas luahan rasa hatiku di blog sebelum ni..biarlah semuanya menjadi kenanganku dan keluarga...aku tak pernah lupa pada arwah Qaid, tp aku tak nak share perasaan ni dgn sapa2 kecuali along dan my husband...sbb, nanti emosi aku akan terganggu...i cannot control my emotion, that's the fact....so aftar this, any question about arwah, i'm so sorry...saya tak leh nak jwb...sbb kebanyakan soalan yg diajukan kepadaku, akan membuat aku hiba..sedih...

bukan bermakna, aku tak leh terima takziah dari kwn2...tp kebanyakan soalan yg dilemparkan adalah seperti ni :

1) jie, awak kena tak postnatal blue??(just say it 'MEROYAN'...kan senang??)

2) camne arwah leh kena sakit jantung??

3) anak ko berapa bulan??takkan berapa bulan pun tak tau??

4) cerita sikit camne arwah sepanjang sakit tu...

for all the fuller out there...sensitif le sikit...i've lost my son!!bukan aku ni kehilangan kucing or binatang belaan...

juz dtg pada aku, ckp TAKZIAH...dah memadai...tp tak pe, life must go on...takkan aku nak sorok kat rumah tak nak jumpa org kan...lambat laun, kena keluar rumah gak...

aku semakin pulih...kerana aku di kelilingi org2 yg sentiasa memberi semangat dan galakkan kepadaku..thank's to all my family...mak..bpk..along...n my lovely husband. and daughter..i love all of you so much!!


corat coret


good girl!!kakak kena mengalah dgn adik..



mmg sah anak ujie...pantang bergambar...sure tergediks



main cak-cak dgn kyra


first time tgk kyra senyum penuh...selalu senyum simpul jer..pandai kakak una bg dia gelak


awat ambik gambar mcm nyanyi lagu negaraku jer


tolak stroller, walaupun demam..segar terus lepas jumpa kyra


Thank's to cik bee sudi ambik gambar kami.., masa ni kami baru je sampai ke canselori UPSI, actually nak bwk una pi klinik, tp punya le ramai org...terus singgah ke UPSI..una kalau bwk shopping ke, jln2 mana pun le..kena dudukd lm stroller...kalau tak...jenuh nak kejar..

kat UPSI plak ada pesta konvo(musim konvo time ni)..tp sbb H1N1 yang melanda malaysia, kami tak kluar le ke tapak pesta, lepak kat canselori...sementara menunggu faizal tahir dtg nyanyi...mlm tu faizal tahir dtg...tak sangka, dulu time sekolah alim je..maklum le sekolah agama..hehehhe..sekarang rock n roll beb!!

mula2 my hubby ajak balik dah...tak larat katanya, tp aku ckp tunggu le sat...nasib baik le my hubby sporting, so tunggu le gak..hehehe, anak demam...nak pi mencelah-celah tgh org...sorry ler, tak kosar...husna ttp hiper walaupun demam...so kami tgk dari jauh je la...faizal tahir nyanyi kat tgh padang, kami tgk nun jauh kat depan canselori..dekat ngan kereta honda civic dia..hehehe...dpt dengar faizal tahir nyanyi 2 lagu..jadilah, kemudian, kami pun balik le...

actually, aku ni bukan le minat sangat kat faizal tahir ni..tp sbb suara dia yang sangat menawan kalbu tu...ditambah plak dgn lagu2 dia yg tergolong dlm kategori best tu...aku sanggup le tunggu..tp mmg ramai org mlm tu...tak sangka, tak takut dgn H1N1...berasak-asak kat tgh padang...ceruk kampung mana pun semua kluar dengar artis dtg...heheh..kelazzzzz

p/s-this photo i've taken from beedarling punya blog...thank's b!! aku curik gambar kat blog hang..hehehe

Thursday, August 6, 2009

Khunsa


salam, hari ni aku nak petik satu artikel mengenai khunsa untuk renungan kita bersama.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas bernikah, khunsa tadi menunjukkan tanda-tanda hamil. Untuk itu suaminya menghadiahkan seorang hamba perempuan untuk melayaninya. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa ini timbul hingga dia melakukan hubunganseks dengan hamba perempuan tadi, menyebabkan hamba itu hamil.

Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia lelaki, mengapa boleh hamil? Jika wanita, mengapa dia boleh menghamilkan hambanya?

Khalifah Ali yang arif lagi bijaksana cuba menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Ali mendapati salah satu bahagian tulang itu adalah ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki sebab tulang rusuk lelaki kurang satu berbanding wanita. Kerana khunsa itu seorang lelaki maka Khalifah meminta suaminya untuk menceraikannya.

Jumhur ulama hanya mengharuskan pembedahan jantina bagi khunsa, dan bersepakat mengharamkan pembedahan bagi menukar jantina lelaki kepada perempuan atau sebaliknya.
Ini kerana orang yang lahir dengan jantina lelaki, hukumnya tetap lelaki, meskipun dia berjaya menjalani pembedahan untuk menukarnya dengan jantina perempuan. Demikian juga sebaliknya. Pembedahan dan penukaran ini bermakna menukar takdir dan ciptaan Allah. Ini selaras dengan keputusan fatwa Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 1983.

Golongan khunsa juga tidak dibenarkan menukar status jantina pada kad pengenalan mereka, walaupun berjaya menjalani pembedahan daripada lelaki ke wanita. Hanya nama yang boleh ditukar.

Penukaran jantina daripada lelaki menjadi perempuan adalah haram. Ia dianggap merubah ciptaan Allah dan ia adalah sebahagian daripada tipu daya syaitan. Antaranya syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia supayamereka merubah ciptaan Allah. " - dan akan aku [syaitan] suruh mereka [manusia] (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya." (Q4:119). Larangan keras juga dikenakan kepada lelaki yang menyerupai wanita. "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita meyerupai lelaki".

Islam mengutuk lelaki yang berdandan seperti wanita dan wanita yang berdandan seperti lelaki. Ini disebut dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah).

Dalam hadis lain baginda bersabda: "Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda halau mereka dari rumahmu." (Hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas).

Daripada hadis di atas dapat dilihat bahawa lelaki yang meniru sifat dan kelakuan wanita dan wanita yang meniru sikap dan cara hidup lelaki sangat dimurkai Rasulullah.

Dalam Islam, memperjelaskan kedudukan jantina ini sangat penting bagi memahami status seseorang sebagai lelaki mahupun wanita. Ini kerana masalah ini akan meliputi pelbagai aspek kehidupan seseorang itu, baik kedudukan mereka dalam beribadah, nasab mahu pun harta pusaka.

Jadi, jika seseorang itu benar-benar lelaki, bukan khunsa, pada asalnya tetapi melakukan pembedahan atas dasar ingin jadi perempuan, beliau tetap dikira lelaki dan diuruskan jenazah sebagai seorang lelaki.

Sebelum ini pun timbul persoalan mengenai hukum seseorang lelaki beragama Islam itu mengambil keputusan untuk menukar jantina dengan menjalani pembedahan di luar negara. Apabila lelaki berkenaan meninggal dunia, dia meninggal sebagai seorang perempuan dan bagaimanakah cara hendak menyempurnakan jenazahnya.

Sebenarnya, pembedahan hanya dibenarkan kepada khunsa (banci), iaitu orang yang mempunyai alat kelamin lelaki dan perempuan atau yang tidak mempunyai alat kelamin sama sekali. Ia digelar khunsa musykil (tidak ada kejelasan) antara lelaki dan perempuan. Cara untuk menentu status sama ada beliau lelaki atau perempuan ialah dengan melihat tempat keluar air kencing. Maha Kaya Allah ketika menjadikan khunsa dengan dua alat kelamin akan menjadikan kecenderungan mereka melalui pembuangan najis. Jadi tahulah jantinanya daripada situ.

Bagi mayat khunsa, cara mengkafan mengikut kecenderungan alat jantinanya iaitu jika kecenderungannya lebih kepada lelaki, ia hendaklah dikafan seperti lelaki dan sebaliknya.

Hakikatnya, setiap manusia yang lahir tidak dapat menentukan jantinanya sendiri. Baik menjadi lelaki, wanita, khunsa mahupun mukhannis (lelaki yang tinggi sifat kewanitaannya). Ini adalah takdir Allah yang sudah ditetapkan di luhul mahfuz dengan ilmu dan kudrat-Nya yang kadim. Tidak dapat diubah oleh kekuasaan manusia.