Pages

Friday, January 20, 2012

6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa di Sayangi

Sedang aku search internet pelbagai isu yg termaktub di fikiran tatkala ini, tiba-tiba suka lak bila aku goggle bab pendidikan anak2 ni...terjumpa isu ni..meh kita share sama2...


Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

(check....Part ni...pernah jd pd aku dan anak2...sedih mmg dia selalu sedih, lg2 bila kehendaknya tidak dipenuhi..maksudnya, ada je yg tak kena di matanya...pastu mula menangis..apa yg aku lakukan, kdg2 aku layan...tp bila time tgh penat balik kerja anak mula buat perangai (selalunya si kakak la...)kena gak penangan 7 petala langit 7 petala alam...(GERAM tahap gaban la...)tp mmg aku akui, kdg2 isu dgn anak2 ni..kita kena pandai main mood dia...kena pandai auta...kalau tak, punch card memanjang la merah....in the end, selalunya..kita kena explain baik2 kat dia...yg kita sayang dia...)

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

(check...selalu gak buat...tp selalunya, bila nampak muka ibunya..mula le buat perangai...isshhhh.....tension!!)

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

(check..selalu gak buat..selalunya, my doter suka melukis..menulis..kaler2...dan abis buat semua dia akan tunjuk kat aku..as a mother of 2 doter, dgn kerja rumah melambak..bdn penat..belum part bpk meragam lg..hmmm..kdg2 aku akui..aku layan, puji lukisan, tulisan or watever that she has done...CANTIK...PANDAI ANAK IBU...tp kdg2 bila tgh iron baju or tgk tv...mata dah layu ngantuk..plus letih...bila berkali kali ditanya...aku ada gak HANGIN...sian anak aku....)

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

(check...selalu, kdg2 dlm kereta once dia masuk je dlm kereta dia akan bukak cerita...kwn dia buat itu ini..tak nak kwn n mcm2...hmmm...apa yg aku jwb hanyalah, NANTI DIA...NANTI IBU ROTAN...sebenarnya, aku hanya nak respond apa yg dia cerita...and if my doter buat something yg aku tak suka, aku akan tanya...why kakak...kena kakak buat mcm ni, ibu dah ckp ibu tak suka...tak baik...berdosa...dan aku akan dengar reason dia dulu (selalunya my doter ni drama queen...mcm2 dia akan create alasan nak lepaskan diri...end up, if dia bersalah..aku akan hukum...selalunya, kalau lebih 3 kali dia ulang kesalahan tu, aku plak akan jd drama queen..create story bg dia gerun n tak buat lg..heheh...drama queen ni ubt dia adalah kita lak kena create drama ..wakakakka)

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

(check...selalunya dia rajin tolong aku lipat kain...bantai le kakak..nak lipat camne...sekarang ni dlm usaha nak tambat hati aku nak basuh pinggan lak...hehehhe..selalu kalau aku nak cepat, aku tak bg dia tolong...n akan explain kenapa, end of the day, aku selalu ckp yg aku sangat2 sayang kat dia...n adiknya...)

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira

(check...apa yg aku nampak, husna sangat suka tolong aku buat kerja rumah..cuma aku je kdg2 tak bg...dan dia sangat suka melukis...menulis...alhamdulillah, dia dah boleh menulis...mengeja..mengaji pun dah pandai...selalu dia akan tunjuk hasil kerja dia kat aku...dan bila kita puji, dia sangatttttttt suka...hmmm....hopefully, sampai besar ye nak.....)

Qaisara Husna (4 1/2) is such a Drama Queen...mmg kena pandai main drama kalau nak bg dia stop nangis..or alih mood dia pd benda lain kalau dia mula grumpy,dgn keadaan abah dia yg busy...always tak de kat rumah...aku mmg kena banyak main peranan...selalu, mlm mmg aku flashback balik apa yg dia belajar kat sekolah..time aku solat, aku akan push dia ikut sekali..lepas maghrib, ajar dia mengaji lg sekali (dia dah masuk iqra'2 kat sekolah)...alhamdulillah, setakat ni...dia membesar dengar baik..cuma part kuat nangis tu mmg tak larat nak layan....Sekarang ni, sekolah dah start 3 minggu..bermulalah episod 'trick2 alasan xnak ke sekolah' di waktu pagi.... Too bad kids, I was once ur age!!dia berdrama...ibu pun kena drama sama..heheh...

Qasdina Rifqah pula (11 month), hmmm....notty girl...dgn airmuka lembut dia yg tak de perasaan tu..kdg2 tak sangka notty budak amoi ni..even kakak dia dulu tak pernah jatuh katil, main wayar...kena hempap dgn kerusi mkn...dia kena semua tu..hahahah....takpe, tu maksudnya dia membesar dgn baik (aktif) kdg2 kalau dia mula cranky, dan time tu aku sangat2 exhausted...kena lepuk gak le...ibu need a good rest tp apa dia paham pun kan...akhirnya, aku layan kan je la.....walaupun, aku mmg exhausted giler le bila balik kerumah..

I love my kids...very much, cuma aku mmg akui, aku kena kawal AMARAH aku dengan lebih memperbanyakkan kelembutan dlm mendidik anak2 ni...kena banyak berguru dgn mak le nampaknye...

No comments: