Pages

Friday, December 30, 2011

QUALITY TIME with Family for 2011 (part 1)

Lama tak update blog ni..ujung2 tahun ni mmg busy nak mam.... kadang2 sampai terfikir nak berhenti kerja je..jd fulltime housewive, tp fikir2 balik..penat je bpk aku hantar study, plus sapa nak bg aku duit beli baju...make up n etc...hehehhe...lgpun, i love my job..cuma bila time presure or busy time tu, tu yg tension giler babas tu...mcm2 le berada di fikiran..balik rumah, anak buat perangai ada yg kena lepuk...tu belum bpknye buat perangai..lg le LASER je rasa mulut ni..hahahha....

Actually, i'm having fun with my family on 16-18 December 2011..ni adalah activity family setiap tahun..oleh kerana one of my brother tu cikgu..so kena le tunggu cuti sekolah kalau nak pi bercuti-cuti ni..so, tahun lepas kami spend time kat Bukit Merah, tahun ni kami tuju



The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dicson..


Oleh kerana adik aku tu salah seorang kakitangan MARA (Cikgu MRSM Tawau)..so kami dpt le cut cost sikit bab2 sewa apartment or hotel pd tahun ni...kami dpt sewa apartment MARA yg berada di tempat ni...apartment dia mmg best...yg bertambah best tu sbb ada swimming pool...budak2 le seronok...kami yg dewasa ni..terjun laut le apa lg..hehhehe..cuma yg tak best, my brother (rizam) tak dapat join tahun ni..oleh kerana kekangan kerja..date yg kami set tu kena lak dgn tarikh wife dia kena pi kursus, haiya!..takpe, tahun depan kita buat lg..nanti the whole family must present!!!baru happening...


Aktiviti pada hari Sabtu, kami menuju ke Melaka...tak banyak gambar yg kami dpt snap...sbb masing2 dah penat kelek n kejar anak2...heheh



me and my younger brother... Rizal aka Pak su

Yg paling best, aku terlebih excited naik kuda menemankan my niece..best woo...

Kali ke-2 lepas gian lg, kali ni naik ngan my daughter...Rifqah aka amoi..heheh, Husna takut nak naik kuda...apa laa...tak rock cam mak dia...


This is me n my mum...mak, i love u so much!!



...and Rifqah, my lovely daughter...



My sis and nuha & Rifqah...


ujie & im Jr...(Husna & Nuha)


posing makan hati by my daughter...Husna, kemain tonggek yer....Next top model ker?


half of my family, separuh yg lain ntah pi mana..ada yg kejar anak..ada yg kejar anak sedara...dan atok??...laju sangat jln...tak sempat nak gambar sama2


Best!!


adik amoi...my babylove..


my soulmate...Mr.Korol yg sangat understanding...love u!!


my parents and 5 from 11 cucu-cucunya...lg sorang ntah kemana larinya..


my small family...


and Rifqah d' Amoi...nampak gigi 6 btg!


The rest of the day, kami jenjalan pusing Melaka..apa yg boleh aku katakan, spend a quality time with my family..is the best medicine!! lepas stress..balik office, sengih sampai nampak gusi..hahahha..

**part 2 punya ntah bila nak update..tunggu rajin la nampaknyer....

Thursday, December 8, 2011

MARAH OVERDOSE...

Dah berapa hari le agaknya aku tahan marah pd golongan seperti di bawah ni...sangat2 irritating, sampai meletops api kemarahan aku pd sorang individu ni...Ya ALLAH!!tiada niat dlm hati pun sebenarnya nak double standard or wat ever perasaan yg tak baik..dalam hidup ni, jika org hormat pd kita as a human..aku akan respect org tu 100%..tp once org buat kurang ajar pd kita mcm kita ni golongan bawahan yg boleh di pijak2...sorry yerk, i'm very pissed off....boleh blah..tak hengen dah nak berbaik...




motif gambar...golongan seperti ini le yg buat aku marah sangat, sampai melampau-lampau aku marah, sampai stress n lebam2 bijik mata aku menahan marah yg keterlaluan!!

Ok! aku tau...aku patut bersikap profesional as a goverment staff, tp bg aku org yg kurang ajar ni tak leh di buat baik, limit aku hanya 3 kali sahaja...lebih 3 kali....sorry, u better move or i give u a slap!!damm it!!

marah ni..marah sangat!!!nak international sangat...tp tak nak pakai sistem n ikut cara sini, apa punya orang le...meh guna perumpamaan aku BELAJAR TINGGI2..BODOH BERTINGKAT-TINGKAT...pi balik sana, baru ko tau langit tinggi ke rendah...i dont care...ko sapa..dan tak kosar dah aku nak berurusan pape ngan ko..blah!!!

Sekian, terima kasih.




Friday, November 4, 2011

Kim Kardhasian files for DIVORCE!!

Terkejut sebenarnya bila membaca di majalah & suratkhabar mengenai penceraian pasangan selebriti ni...actually aku rajin gak la melayan rancangan reality tv "keeping up with the kardhasian", Khole and Lamar, koutney & kim takes new york kat channel E! Entertainment...mula2 meluat..lama2 dah berulang cerita2 ni 3,4 kali satu hari n tak de cerita lain yg best kat tv...aku layan le gak...

Pada pendapat aku sebagai penonton, diaorg ni popular dgn cara camni la..buat reality tv..kaut untung juta2...kaya beb!!cuma tu le..kesian...selama aku menonton cerita ni...banyak kali dah pompuan ni (Kim Kardhasian) brtukar-tukar pasangan..dari satu musim ke satu musim..tukar2 pasangannya...sampai le dia di lamar & bertunang...kahwin...tp sian, sekejap je jodohnya...

Kim Kardhasian & Kriss Humpries



Sebenarnya, mmg malang pd pihak lelaki tu..dah le dlm family pompuan ni, dominasi lebih pd kuasa perempuan (Queen Control) dari mak dia...sampai le ke anak2 pompuanya....lelaki ni mulut laju (laser)...lawak kasar...mcm2 hal le yg berlaku, sampaikan adik beradik kim ni tak sebulu dgn dia...tp kerana cinta, kim ni kawen gak...walaupun mcm2 hal jd sebelum majlis juta-juta tu...

kesian kat lelaki ni, dah le rugi beli cincin tunang juta2....walaupun majlis kawen di sponsor...mmg membazir..baik le sedekah pd pihak yg lebih memerlukan...ni glamour semata-mata, yg paling tak leh diterima akal..mak dia sampai buat plastic surgery tu sbb nak glamour masa kim ni kawen..sungguh poyo!!

Majlis kawen juta-juta, hayat kawen cuma 72 hari je..tp paling aku suka time menonton Kim Fairytale wedding ni....ayat Kriss Humpries ni pd Kim masa diaorg argue pasal temapt tinggal after marriage...Kriss ni suruh Kim ikut dia pi Minnesota...Kim ni nak stay kat New York..nak glamour2...Kriss Humpries ni sound "KIM, BERPIJAK DI BUMI NYATA...3 TAHUN SEBELUM NI, U ARE NOBODY...HANYA JUAL BAJU DI BUTIK"..kehkehkeh...i like u la Kriss Humpries!!



Lastly, Mistake or Fake...i choose FAKE!!buang karen je...sekarang ni...mmg teruk dia kena hentam...takde org kesian kat dia...tp org hentam gile2 babis..

p/s-sebenarnya, saje je aku buat entry kali ni pasal minah ni...ate, dulu ingat nak jd Wartawan..hahahhaha....sekurang-kruangnya aku update le blog aku ni kan..takde le bersawang...hahahhahah



Thursday, November 3, 2011

I'm Back....

Salam,

Selama 2 tahun menyepikan diri dari dunia blog..hari ni tergerak lak hati nak mengupdate blog yg dah lama bersawang ni...just nak share a few story...





Qaisara Husna dah 4 tahun, dah masuk PASTI...dah pandai mcm2..kenal huruf abc, nombor...alif ba ta...dan yg best mulut pun dah mcm mak nenek...sikit2 api neraka..sikit2 api neraka...seram mak mendengarnya!!



new addition in my family...QASDINA RIFQAH, dah 9 months old...dah pandai duduk, sikit lg nak merangkak..pantang dengar lagu...bergoyang dah gaya inul darastita..hahahha...takde la...kita selawat, dia goyang berzikir..kita nyanyi..dia punya hangguk tu dah gaya head banging...anak sapa lah ni...

posing gedik dari kakak una...kemain, besar sangat dah gayanye...



...and adik rifqah, cina amoi dari mana ntah kenan ni...ramai ckp mcm boy, tp yg pastinya..dah 7 month preggy baru tau gegirl..selama ni dok ingat boy, hehehhe..tak pe..janji sihat...

2 Q (Qaisara & Qasdina) + 1 Q (arwah Qaid)...joy of my life, my precious...ibu & abah love all of u always...4 ever n ever....

Friday, December 4, 2009

Transeksual Warga Malaysia : Mohammed Fadzil Min Bahari aka Fatine, Kahwin di LONDON Takut Balik Ke Malaysia



LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.





Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apayang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian diMalaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".



p/s-NAUZUBILLAH HIMIN ZALIQ...jauhilah perkara seperti ini berlaku dalam keluargaku ya ALLAH!!

Thursday, December 3, 2009

Warna Kehidupan: Pengaruh program reali

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my

Generasi muda pelbagai bangsa condong terpedaya di luar sedar

PROGRAM realiti bukan sesuatu yang baru dan semakin mendapat perhatian ramai dengan tanggapan ia bersesuaian dengan kehendak semasa, walaupun bukan semua masyarakat mahupun negara menerimanya sebagai satu keperluan.

Negara rantau Arab umpamanya masih belum menerima program sedemikian kerana paparan budaya yang lari daripada acuan hidup mereka, tetapi malangnya di Malaysia, kemunculan program realiti seperti ini bercambah dengan pantas.

Bermula dengan Akademi Fantasia, lahir Mentor, Malaysian Idol yang kemudian bertukar jenama sebagai One In a Million, My Starz, Gadis Melayu, Mencari Cinta dan Raja Lawak, berkembang seperti wabak.

Kehadiran program realiti memberi kesan mendalam kepada sebahagian besar golongan muda negara ini tanpa mengira bangsa dan tempat tinggal mereka kerana masing-masing menaruh harapan ia menjadi medan meningkatkan taraf hidup pada kadar segera.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya generasi muda masa kini berlumba-lumba mengejar impian dalam dunia hiburan yang dianggap menjamin masa depan, tanpa memerlukan kelayakan akademik seperti dibuktikan Asmawi Ani yang menjadi kegilaan ramai selepas menjuarai Akademi Fantasia 3.

Walaupun pada zahirnya kejayaan daripada program realiti mampu memberi perubahan besar kepada individu, tetapi sejauh mana populariti individu itu berkekalan masih menjadi persoalan kerana kebanyakan daripadanya lenyap sekelip mata.

Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Rahimah Hamdan, berkata lambakan program realiti televisyen disambut dengan dua reaksi berbeza dalam masyarakat Melayu.

“Pertama sebagai alternatif hiburan untuk melahirkan bakat baru, manakala kedua menganggapnya sebagai wadah penjanaan budaya hedonisme. Sambutan menggalakkan kelompok pertama menyebabkan ia menjadi antara strategi pemasaran dunia penyiaran” katanya.

Baginya, walaupun program realiti televisyen dilihat sebagai usaha mencungkil bakat baru dalam bidang seni, secara tidak sedar ia sebenarnya mampu merobek cara hidup masyarakat yang berpegang kepada nilai murni bertunjangkan adat resam dan agama.

“Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rencam dan menakutkan berbanding kehidupan zaman dulu. Lebih membimbangkan apabila bakat baru yang dicungkil secara segera berkecenderungan mengikut budaya Barat yang terarah kepada gejala sosial,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Serdang, baru-baru ini.

Justeru, beliau menyarankan ibu bapa memantau rutin harian anak masing-masing agar tidak terlalu didedahkan dengan rancangan televisyen sedemikian yang boleh merosakkan fikiran mereka sekiranya silap memilih artis sebagai idola.

Peserta Program Realiti Gadis Melayu, Nurul Khusna Uma, tidak menafikan bahawa ada sesetengah program realiti hanya sekadar hiburan kepada penonton semata-mata, tetapi beliau tidak menolak ada kebaikan di sebalik setiap program realiti.

“Peredaran zaman yang semakin cepat menjadikan budaya dan kehendak remaja masa kini berbeza-beza. Program realiti yang bermula di Barat dengan mudah merebak ke seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan kerana tidak dikawal sehingga menjurus kepada masalah sosial,” ujarnya.

Sungguhpun demikian, beliau yakin setiap program ada kelebihan dan kekurangan selain bergantung kepada peserta untuk mempertahankan jati diri atau memilih terpesong dari landasan sebenar.

“Apa yang pasti, etika, akhlak dan didikan agama secara menyeluruh penting diberi penekanan kerana ia benteng dan bekalan untuk menjalani kehidupan seharian agar tidak timbul masalah pada kemudian hari,” katanya.

Beliau tidak menolak program realiti hiburan yang ditiru dari Barat dapat menambah kepelbagaian segmen hiburan di Malaysia dengan tujuan melahirkan penyanyi pasang siap tanpa jaminan kepada peserta.

“Tak semua program realiti hiburan memberi kesan negatif. Rancangan Gadis Melayu umpamanya menerapkan nilai budaya timur dan etika penggunaan bahasa Melayu secara formal, boleh dianggap usaha media penyiaran meningkatkan kefahaman budaya Melayu,” tegasnya.

Tuesday, October 6, 2009

Eid Mubarak 1430 H (Tanjung Karang, Selangor)

Lama tak jengah blog ni tau...busy sangat, tak berkesempatan nak menjengah ke blog sendiri...so entry kali ni, aku nak ambik mood raya gak la kan...nak share gambar raya tahun ni ngan teman2 blogger...walaupun aku tak setegar blogger2 lain...hehehhe...so...jom layanzzz



kekanak ni riang gembira di pagi raya..melayan DVD Upin & Ipin : Geng



kami...dipagi raya, cuma family abg aku rizam dan adik aku ridhuan je tak de...rizam beraya di Banting, Ridhuan lak..terpaksa beraya di Tawau memandangkan sang isteri menunggu hari nak bersalin....


3 of us..una dah meronta nak turun...rimas, tema kami tahun ni adalah BIRU...tp memandangkan misi pencarian baju raya bukan hari yg sama...so biru ttp biru, tp biru hantam sajalah yg dpt kami cari...hehehhe


aku bersama along dan bonda tersayang...ttp maintain walaupun penat melayan karenah anak dan cucu...muka mak mmg kepenatan...thanks mak!!!masakan mak mmg mavelous!!


aku n en.korol....my husband, hehehhe....lama woo tak de gambar ber2..asyik2 gambar ngan una je..



4th of us...nuha nak bergambar ngan jijie la ummi....dia mmg anak manje jijie pun...



Actually, gambar ni jenuh ummi pujuk abg imran bergambar sama...sekali tu, tanpa di sedari si kakak nuha lak tak masuk corum, tak perasan bila dia pi ke belakang tu...hmm....apa le kakak ni...

along's family...imran mmg camera shy....tp kdg2 ok je dia bergambar, pg raya ni mood dia kureng kot...seronok tgk DVD upin ipin...




2 org adikku yg masih available...hmm...still single...masih boleh di hitung2 buat kerja...esok2 daha da anak bini..payah lak..



Atok & Wan bersama 4 (included imran dibelakang) daripada 8 org cucunya...not forgotten arwah anakandaku Qaid Ahmadinejad...I miss Him so much!!

Actually, di pagi raya tu...aku dan suami menziarahi kubur anakku dan arwah opah...story dia aku akan cerita after this entry...