Pages

Friday, December 4, 2009

Transeksual Warga Malaysia : Mohammed Fadzil Min Bahari aka Fatine, Kahwin di LONDON Takut Balik Ke Malaysia



LONDON: Transeksual warga Malaysia, Mohammed Fazdil Min Bahari berasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British.

Katanya, dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik dan menuduhnya menghina kerajaan Malaysia.

Mohammed Fadzil atau Fatine kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom (UK) adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya.

Katanya, dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.

"Saya takut untuk pulang ke tanah air. Saya bimbang akan keselamatan saya," katanya yang mengulas tentang laporan akhbar tersebut yang didakwa memberikan gambaran kurang tepat mengenai kisah percintaan mereka sehingga mencetuskan reaksi negatif.





Bercakap pertama kali selepas akhbar The Sun di London mendedahkan berita itu, Fatine berkata dia tidak tahu hendak membuat apa-apa lagi kerana keluarganya telah memutuskan hubungan dengannya.

"Saya telah menghabiskan masa berjam-jam membuat panggilan telefon untuk memohon kemaafan. Saya amat menyayangi mereka tetapi saya tidak boleh mengubah apayang telah berlaku," kata jurusolek artis berusia 36 tahun itu.

Fatine yang berasa kesal dengan laporan tersebut yang didakwanya telah memutarbelitkan kisah cinta mereka sedangkan mereka tidak berniat untuk menghina masyarakat Melayu.

"Mereka juga telah menyiarkan nama bapa saya, sedangan itu sebenarnya tak perlu. Ibu saya pula berasa takut untuk meninggalkan rumah sekarang," tambahnya.

Fatine kesal kerana masyarakat Melayu berasa tersinggung ekoran perkahwinan mereka, walhal mereka cuma ingin hidup bersama di UK memandangkan mereka tidak boleh berbuat demikian diMalaysia.
Fatine sedar orang-orang Melayu memegang nilai-nilai tradisional dan "tidak dapat menerima orang sepertinya".



p/s-NAUZUBILLAH HIMIN ZALIQ...jauhilah perkara seperti ini berlaku dalam keluargaku ya ALLAH!!